Header Ads

Rahsia menjana pendapatan menggunakan Instagram telah dirungkaikan. Mudah dilakukan jika anda faham.


Sosial media seperti Facebook dan Instagram adalah satu landasan untuk kita sentiasa dapat berhubung bersama rakan-rakan dan sesiapa sahaja di dunia ini yang mempunyai akaun didalam sosial media ini.

Seperti yang kita semua tahu, ada yang menggunakan sosial media ini sebagai satu peluang untuk membuat duit dan perniagaan. Hal ini telah terbukti dan boleh di laksanakan oleh sesiapa sahaja.

Eksperimen tentang menghasilkan duit daripada sosial media instagram telah dibuktikan keberkesanannya oleh satu agensi marketing Mediakix.

Bagaimana Mediakix telah menjana pendapatan melalui sosial media instagram. Mediakix telah membuat 2 akaun yang berbeza, di mana yang pertama mereka telah reka satu akuan berkaitan "lifestyle and fashion model", dan satu lagi tentang " travel and adventure photographer".

Bagi akaun tentang "lifestyle and fashion model" mereka telah menggunakan nama "calibeachgirl310", dimana mereka telah mengupah seorang wanita untuk menjadi model dan melaksanakan sesi photoshoot untuk satu hari.

Ini adalah akaun Mediakix yang pertama "calibeachgirl310"

Untuk akaun yang kedua, "travel and adventure photographer" mereka menggunakan nama "wanderingggirl", dimana mereka mengambil gambar-gambar yang popular dan cantik di internet contoh nya seperti gambar di Paris dan Maui.

Akaun Mediakix yang kedua "Wanderingggirl"

Yang paling penting sekali, mereka akan pastikan kedua-dua akaun instagram itu akan di perbaharui atau "update" setiap hari untuk menunjukkan kepada orang ramai yang akaun ini adalah akaun aktif dan bukan akaun penipuan.

Langkah pertama mereka akan membeli 1000 followers daripada websites yang menjual fake instagram akaun. Apabila mereka telah memastikan bahawa pihak pengurusan instagram tidak dapat membuktikan bahawa followers mereka adalah fake, mereka akan tambahkan lagi fake followers sebanyak 15000 followers setiap hari.

Akhirnya, jumlah keseluruhan followers instagram mereka mencapai 80000 followers. Tetapi jika hanya mempunyai followers yang ramai tetapi tiada tindakan aktif (engagement) untuk setiap gambar yang mereka post, usaha mereka akan menjadi sia-sia.

Langkah kedua, mereka telah mula membeli comment dan like. Mediakix akan membayar sebanyak 12 dollar US untuk setiap comment dan 4 ke 9 dollar US untuk setiap 1000 likes. Syaratnya, setiap comment dan like itu mestilah di laksanakan dalam masa 24 jam sahaja.

Hasilnya, kerana akaun instagram mereka ini mendapat reaksi yang sangat aktif daripada followers mereka. Akaun instagram mereka telah bertukar daftar sebagai akaun "marketing platform", dimana mereka boleh memilih 4 jenis penajaan dari syarikat yang berbeza.

Apa yang mengejutkan, kedua-dua akaun instagram mereka ini telah mendapat tajaan dari syarikat baju renang dan syarikat makanan dan minuman. Kedua-dua syarikat tersebut akan membayar insentif termasuk memberikan product mereka secara percuma kepada kedua-dua akaun Mediakix itu.

Hasil daripada ujikaji ini, Mediakix telah membuktikan bahawa sosial media sebenarnya boleh dijadikan satu landasan perniagaan yang boleh mendatangkan keuntungan kepada pengguna.

Tetapi anda perlu berjaga-jaga, ramai selebriti dunia yang telah dibekukan akaun mereka buat sementara kerana didakwa telah membeli fake followers. Jika anda ingin mencuba, hendaklah sentiasa berwaspada.
Dikuasakan oleh Blogger.