Header Ads

Pilihan Warna Yang Sesuai Untuk Cat Dalam Rumah Akan Beri Kesan Positif Kepada Penghuninya


Memilih Warna Cat Ruangan Dalam Rumah Berdasarkan Psikologi Warna


Rumah adalah keperluan paling penting bagi manusia. Apabila habis kerja, sudah pasti kita ingin berehat dirumah dengan tenang. Dan semua orang inginkan rumah yang cantik dan menawan. Ada orang menyusun atur rumahnya dengan kreatif untuk ketenangan hati mereka. Ada juga yang menggunakan warna untuk menjadikan rumah tempat paling selesa didiami.
Jom sama-sama lihat warna apa yang sesuai untuk disesuaikan dengan rumah kita dan maksud psikologi disebalik warna itu…


Warna Merah
Menggambarkan energi penuh, aktif, hangat dan bersemangat. Warna merah secara berlebihan dapat memberikan kesan kemarahan dan bercita-cita tinggi. Kajian menunjukkan bahawa warna merah mampu menaikkan nafsu makan, kerana itulah banyak restoran atau produk makanan yang menggunakan warna merah untuk logo mereka. Warna merah boleh kamu aplikasikan untuk ruang makan.

Warna Orange
Memberi kesan ceria, hangat, bahagia, penuh energi dan membangkitkan semangat. sering dianggap sebagai warna dari inovasi dan pemikiran modern. Warna ini juga membawa maksud muda, seronok, serta boleh mencapai apa sahaja. Warna oren juga sesuai pada ruang makan.


Warna Kuning
Warna kuning mengingatkan dengan sinar matahari yang memberikan energi yang baik dan bersemangat. Sering disamakan dengan warna emas yang menggambarkan kemakmuran dan kemewahan. Sesuai diwarnakan di ruang kerja, ruang belajar ataupun dapur.

Warna Ungu
Menunjukkan kekayaan dan kemewahan, fantasi dan dunia mimpi. Oleh sebab itulah banyak pendapat yang mengatakan bahwa warna ungu mampu membuat orang mengantuk. Sesuai di padankan di bilik tidur.


Warna Biru
Merupakan warna laut dan langit yang memberi kesan ketenangan, kesunyian, kedamaian, kenyamanan dan perlindungan. Kesan lainnya adalah memberi rasa lega dan luas. Sesuai digunakan untuk bilik tidur.

Warna Hijau
Warna yang sering dilihat dan menggambarkan alam. Kesan dari warna ini adalah memberi suasana harmoni, teduh, santai, semulajadi, menyejukkan, menyegarkan dan menenangkan. Bilik tidur sesuai juga bila menggunakan warna ini.


Warna Coklat
Salah satu warna alam yang memberi kesan hangat, nyaman, semulajadi, akrab dan ketenangan. Sesuai digunakan untuk ruang tamu atau ruang keluarga. Coklat juga dapat digunakan pada ruangan yang terlalu besar agar tidak menimbulkan kesan hambar.

Warna Kelabu
Biasa digunakan untuk rumah bergaya minimalis. Membuat suasana stabil, luas, mententeramkan. Terlalu banyak menggunakan warna ini akan membuat suasana hambar dan luas secara berlebihan.




Warna Putih
Warna neutral yang sesuai diaplikasikan dengan warna apapun. Menggunakan warna ini umumnya menggambarkan kebersihan, kepolosan dan kemurnian. Penggunaanya pada ruangan akan memberikan kesan lebih besar pada ruangan. Bila berlebihan akan menggambarkan steril dan hambar. Jika Kamu memiliki dapur modern, warna ini juga sesuai untuk menunjukkan kebersihan dapur Kamu.

Warna Hitam
Warna yang memberi suasana penuh perlindungan, gagah, megah, dan elegan.

Suasana rumah boleh diubah juga tanpa mengecat keseluruhan rumah. Maka kamu perlulah kreatif untuk memadankan warna dinding ruang di rumah kamu dengan perabot dan alatan rumah yang lain. Warna dari perabot ini juga akan memberi kesan kepada ruangan di rumah.
Jadi tanpa membuat renovation rumah, kamu boleh mengekspresikan diri kamu dengan bebas, iaitu hanya dengan bermain dengan warna !

Dikuasakan oleh Blogger.