Header Ads

Perlawanan Dota 2 Terbesar di Malaysia Menawarkan Ganjaran RM500,000


Malaysia eSports League (MESL) pernah mencatatkan sejarah sebagai kejohanan liga Dota 2 paling besar di Malaysia. Kini, MESL ingin mencari pemain Dota 2 terbaik di Malaysia.

Perlawanan terbesar Dota 2 tersebut telah diumumkan pada 17 Ogos dan ganjaran sebanyak RM500,000 menanti pemain terbaik. MESL bertujuan untuk membina platform dalam mencari lebih banyak bakat muda seperti Mushi dan Ah Fu yang telah mencapai kejayaan dalam industri e-sukan.



Liga e-sukan MESL akan bermula pada 2 September ini dengan pusingan kelayakan di seluruh negara. Pemain yang berminat untuk menyertai MESL, boleh melayari http://www.mesl.my.

Dikuasakan oleh Blogger.