Header Ads

Perkara yang berlaku pada 12 Ogos 2017 yang akan tiba ini hanya terjadi 96 tahun sekali. Jangan terlepas.!


Hujan meteor Perseid akan tiba beberapa hari lagi, atau lebih tepat lagi, ahli astronomi akan menjangkakan kita akan dapat melihat hujan meteor ini pada jam 1 pagi 12 Ogos 2017 (1700 GMT )

Mengapakah kami menggalakkan untuk anda keluar dan melihat suasana yang jarang-jarang berlaku ini, adalah kerana, perkara seperti ini hanya akan berlaku 96 tahun sekali.

Jika anda ingin tahu lebih bagaimana ia terjadi, anda boleh baca di https://www.space.com/32868-perseid-meteor-shower-guide.html . Kami sudah membaca isi kandungan nya, tetapi al maklum lah, kami ini bukan ahli astronomi, subjek sains masa SPM pun cukup-cukup makan.

Jadi, anda yang lebih arif dan bijaksana, boleh membacanya. Jika anda faham, anda boleh lah berkongsi dengan kami semula di ruang komen.

Tetapi apa yang penting, adalah bagaimana kita hendak melihat hujan meteor ini. Jika betul kiraan masa dari pada ahli astronomi, kita di Malaysia boleh melihat pada waktu awal pagi. Kebetulan hari itu adalah hari weekend, daripada anda lepak kedai mamak sembang kosong, ajak sekali kawan-kawan anda untuk pergi melihat hujan meteor.


Jika anda boleh pergi ke kawasan yang gelap seperti pinggir bandar atau kawasan yang tidak ada banyak lampu di sekeliling. Kalau anda pergi ke tepi pantai yang jauh dengan lampu jalan, itu lebih baik. Senang cerita, pergi ke kawasan yang tiada lampu, supaya senang untuk anda melihat langit dengan jelas.

Hati-hati, pergi tempat gelap tu biarlah ramai-ramai, takut-takut ada benda atau orang yang datang ganggu. Kalau pergi berdating tu pun hati-hati juga. Tak pasal-pasal kena tangkap khalwat.

Apabila anda sampai di kawasan yang sesuai, baring dan pandang ke langit. Mata anda akan mengambil masa sedikit untuk melaraskan dengan keadaan gelap. 

Jika anda atau kawan anda ada telescope, lagi bagus. Senang nak nampak. Kalau anda terlepas untuk melihat hujan meteor ini, anda sampaikan lah kepada cucu anda supaya jangan sampai tak sempat nak lihat juga seperti atuk dan nenek dia. 😜


Dikuasakan oleh Blogger.