Header Ads

Peperangan tidak berlaku di Malaysia, tidak bermakna kita hanya pejam sebelah mata dan abaikan.


Apa yang berlaku di Syria dan negara-negara lain yang sedang berperang adalah satu kesulitan dan kepayahan yang dialami oleh rakyat itu.

Pada mulanya, negara yang tenang dan diduduki oleh rakyatnya yang gembira, tiba-tiba terpaksa menghadapi peperangan yang banyak meragut nyawa.

Video ini dibuat oleh aktivis yang membantah peperangan yang berlaku di Syria. Mesej yang cuba disampaikan oleh mereka adalah.
video

1. Peperangan tidak berlaku di negara anda, tidak bermaksud anda menutup sebelah mata dan tidak ambil peduli tentang keselamatan saudara-saudara di negara Syria itu.

2. Kepayahan yang di alami oleh mereka teramatlah seksa bagi mereka, apa yang dulunya mereka dapat buat dalam keadaan yang damai, tidak lagi dapat di kecapi.

3. Mereka tidak memerlukan pertolongan daripada anda, tetapi cukup lah sekadar anda memberi bantahan terhadap apa jua serangan yang negara mereka terpaksa hadapi.

4. Bantuan yang anda berikan kepada mereka amatlah bernilai, walaupun hanya sebagai satu doa.

Kita di negara Malaysia yang aman dan tidak menghadapi sebarang serangan dari luar dan jauh sekali dari peperangan tidak akan dapat merasai apa yang di rasa oleh penduduk di Syria. Tetapi itu tiudak bermakna keamanan kita akan berkekalan.

Apa yang kita tahu dan pelajari adalah untuk kegunaan masa hadapan. Kerana mereka yang tidak tahu sejarah, ada kemungkinan untuk mengulanginya.
Dikuasakan oleh Blogger.