Header Ads

Penting Untuk Elakkan 7 Makanan Ini Semasa Perut Kosong



Semasa sedang bekerja, tetiba sahaja perut berkeroncong..pasti sesetengah orang akan mencari biskut atau roti untuk mengalas perut. Kita mungkin terfikir yang yogurt ataupun roti adalah snek terbaik untuk mengalas perut. Sebenarnya anggapan ini adalah salah.. Ada juga buah-buahan yang perlu dielakkan makan ketika perut kosong.

Disenaraikan 7 makanan yang tidak patut anda ambil terutamanya sebagai makanan pertama ketika perut kosong.


1. PASTRI DAN ROTI
Makanan yang mengandungi yis seperti roti dan pai menganggu perut kamu dan menghasilkan gas sehingga membuatkan kamu bloated. Kamu mungkin akan kentut sepanjang hari kerana perut tindak balas yis terhadap sistem perut.

2. MAKANAN ATAU MINUMAN MANIS
Gula meningkatkan kadar insulin tubuh dimana akan menyebabkan pankreas kamu bekerja lebih kuat di waktu pagi. Sedangkan ketika itu organ tubuh kamu baru mula untuk berfungsi selepas bangun tidur. Jadi lebih baik amalkan minum segelas air kosong sebaik sahaja bangun tidur.


3. YOGURT DAN PRODUK TENUSU
Ia tidak membahayakan tetapi mengambil produk tenusu ketika perut kosong boleh menyebabkan gastrik. Asid hydrochloric akan terbentuk selepas gas perut bertindak balas dengan produk tenusu.

4. PISANG
Pisang kaya dengan magnesium. Jika kamu makan pisang ketika perut kosong, jumlah magnesium akan meningkat dalam darah seterusnya boleh menganggu jantung.


5. REMPAH DAN MAKANAN PEDAS
Makanan pedas dan berempah boleh menyebabkan peningkatan asid dalam perut dan kamu akan mengalami masalah pencernaan dan penghadaman.

6. AIR BERKARBONAT
Mengandungi jumlah gula yang tinggi, air berkarbonat melambatkan proses pengaliran darah dan sistem pencernaan kamu akan menjadi perlahan.


7. BUAH PIR
Serat ‘kasar’ dijumpai terkandung dalam buah pir dan ia boleh mencederakan dinding perut. Makan buah pir ketika waktu tengahari, selepas kamu makan makanan lain.


Sumber: fb Drnorazima, food.ndtv,
Dikuasakan oleh Blogger.