Header Ads

Penjelasan bekas guru Ramadhan Sinclair tentang isu yang telah berlaku di Osaka Jepun


Baru-baru ini heboh tentang satu isu pertelingkahan dan hampir membabitkan pergaduhan dari 3 orang anak muda melayu yang acah-acah jadi "gangster" di Osaka Jepun. Atas dari pergaduhan tersebut masyarakat sangat berasa tidak puas hati dengan kelakuan mereka yang mencemarkan nama baik Negara serta orang yang tidak bersalah juga mendapat tempiasnya juga.

Malah gurunya juga mendapat tempias yang tidak baik dari masyarakat disebabkan tingkah laku bekas muridnya itu. Ini ada penjelasan dari Saiful Nang Academy tentang isu tersebut

Semenjak semalam kami dapat banyak tag tentang kes seorang bekas pelajar kami di Saiful Nang Academy yang membuat onar di sebuah penginapan di Osaka Japan. Bila jadi hal begini, kami juga terpalit kerana kononnya ini hasil didikan di Saiful Nang Academy. Tak pasal-pasal dalam kecaman itu ramai yang mengaitkan entiti wakaf Saiful Nang Academy juga kerana Ramadhan Sinclair itu ialah bekas pelajar fotografi di akademi kami.

Sebelum itu, ini bukan statement bela Ramadhan dan kami juga mengecam tindakan beliau dan rakan-rakannya tapi ini adalah statement untuk "kaki kecam" yang sampai korek kat mana budak ni belajar fotografi untuk dikecam sama. Apa kena mengena kat mana dia belajar dengan dia mengasari orang semasa dia melancong?. Kata bekas guru Ramadhan.

Baca dulu sebelum komen

Kami ialah Akedemi Latihan dan skop kerja kami adalah dalam pembangunan skill Fotografi, itu sahaja kerja kami. Dari budak lepasan SPM, beliau melonjak dalam bidang fotografi sehingga menjadi Top 10 World Youth anjuran Sony. Itu tanda telah lakukan kerja kami

Beliau belajar dari kami melalui 2 Photocamp program di Guilin China dan India setiap satunya. Dan yang terakhir menyudahkannya dalam program Apprentice Photographer selama 3 bulan lebih sahaja.

Kami baru sahaja dikunjungi oleh Ramadhan dan ibunya untuk meminta pandangan dan nasihat. Dan telah kami nasihatkan untuk Ramadhan hadapi semua ini secara baik seperti orang dewasa. Minta maaf apa yang salah dan terlanjur itu lebih mulia dari menegakkan benang yang basah dan selesaikan apa yang tertunggak dengan mereka yang terlibat dengan penuh tanggungjawab.


Perbincangan berlaku dengan harmoni, anak muda ini masih 18 tahun umurnya. Umur yang kadangkala mudah naik darah dan cepat naik tangan. Apapun, kami nampakkan, sehebat-hebat manusia ialah mereka yang mampu merendahkan egonya meminta maaf dan mengakui kesilapan.
.
Krew saya juga pernah ada pengalaman sendiri di Vitti Lodge ialah sebuah penginapan bajet di Jepun yang sangat professional dan bertimbang rasa. Juga menjadi pusat kepada ramai pelajar Jepun yang sedang berjihad ilmu untuk membuat pendapatan sampingan dengan membantu ramai pelancong di sana. Dalam isu ini, mereka juga perlukan keadilan.


Dalam 3 bulan lebih itu, kalau masuk sekolah memandu pun, jurulatih boleh latih dari tak pandai memandu sampai pandai memandu. Tak sempat cikgu sekolah memandu nak tekankan isu akhlak. Tetapi anehnya, kami tidak nampak sekolah memandu tempat Ramadhan ambil lesen memandu, Pusat Tusyen, kelas FB Ads dia, Azizan Osman atau mana-mana tempat yang dia pernah menimba ilmu disebut-sebut.

 Tidak juga sekolah menengah dan sekolah rendah tempat Ramadhan bersekolah berbelas tahun disebut dan kita yang latih 3 bulan lebih ini yang disebut.

Kami tetapkan pendirian kami untuk TIDAK MENYETUJUI MALAH MENGECAM tindakan beliau menggunakan kekerasan dan juga bahasa-bahasa yang sangat biadab kepada Saudara Qaiyum, petugas di Vitti Lodge Osaka dan juga bekas pelajar Malaysia di Jepun.

Apapun alasannya, saya nyatakan kepada Ramadhan “Kesalahan telah dilakukan…hadap sebagai orang yang bertanggungjawab”. Secara berhadap beliau mengakui kesalahan itu dan insyaAllah beliau akan membuat kenyataan maaf nanti harapnya.

Kami tak terkilan dibash kerana Ramadhan Sinclair bekas anak didik kami tapi kami terkilan kenapa sekolah memandu, cikgu tusyen, guru mengaji, sekolah menengah, sekolah rendah, sekolah KAFA, sekolah tadika, pusat tusyen Ramadhan tidak dibash sama? Mereka lagilah terlibat dengan pembinaan akhlak macam tu kan?

Bear in mind, nilailah sekolah fotografi pada pencapaian fotografinya, nilai sebuah tahfiz pada hafazannya, nilai sekolah sukan pada performance sukannya, nilai sekolah pendidikan akhlak pada akhlaknya.

Semoga penjelasan ini cukup untuk semua kembali positif.

Sumber: Saiful Nang
Dikuasakan oleh Blogger.