Header Ads

Payudara Tumbuh di Dada Remaja Lelaki dan Makanan Segera Mungkin Penyebabnya


Seorang remaja lelaki dari timur China terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang payudara. Pesakit tersebut yang berusia 19 tahun mula menyedari perubahan pada dada kanannya ketika dia berusia 13 tahun, menurut media tempatan.

Ianya dipercayai bahawa 'payudara lelaki' ini disebabkan oleh pengambilan makanan segera.

Menurut akhbar Cina Qianjiang Evening Post, pesakit tersebut yang dikenali dengan nama samaran Xiao Yang, tinggal di daerah Cangnan di wilayah Zhejiang.

Dia dan ibu bapanya telah pergi ke beberapa hospital tetapi tidak berjaya mendapatkan penawarnya.

Mereka kemudiannya telah pergi Hospital Pusat Wenzhou pada awal Julai, dan dirawat oleh Dr Pan Zhongliang, ketua doktor. Doktor tersebut dan pasukannya telah menjalankan pembedahan untuk membuang payudara tersebut dan Xiao Yang dibenarkan pulang lima hari selepas pembedahan tersebut.


Payudara yang tumbuh pada Xiao Yang dipercayai disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon, tetapi tidak akan tumbuh semula selepas pembedahan. Keadaan ini disebut sebagai gynecomastia, yang mana berlaku pada lelaki apabila mempunyai payudara seperti perempuan.

Hospital tersebut menerima lebih daripada 100 pesakit remaja setiap tahun yang mengalami keadaan tersebut. Doktor turut mengatakan keadaan ini disebabkan oleh pengambilan makanan segera yang terlalu banyak.

Selain itu, doktor turut menyarankan lelaki seharusnya mengelakkan daripada memakan makanan seperti ayam goreng, susu soya, dan royal jelly.

Dikuasakan oleh Blogger.