Header Ads

"Nak tegur dia tapi tak tahu nak cakap apa", anda boleh mula dengan 13 perkara ini


Anda berasa janggal untuk memulakan bicara pabila berjumpa dengan orang yang buat pertama kali nya berjumpa.

Anda tidak tahu apa topik untuk memulakan bicara.

Jadi kami di NakBebel ingin berkongsikan kepada anda cara-cara yang mudah untuk memecahkan air batu (break the ice), dalam erti kata lain, membuatkan anda berasa di senangi oleh orang yang buat pertama kali nya berjumpa dengan anda.

13 langkah yang ingin kami kongsikan bersama anda ini hanyalah panduan (guideline) dan tidak lah tetap bagi setiap individu.

1. Tunjukkan minat apabila anda berbicara bersama.

Sesetengah orang suka untuk menceritakan tentang dirinya sendiri. So, nak senang, anda tunjuk kan minat terhadap cerita yg di sampaikan. Tunjukkan minat itu ada pelbagai cara, dari segi pandangan mata, gerak tubuh dan cara kita membalas cerita meraka.


2. Elakkan soalan yang hanya perlu dijawab YA atau Tidak

Cuba untuk fikir kan soalan yang menarik untuk di tanya kan kepada dia. Jangan lah bertanya "dah makan ke belum?" , guna lah soalan yg akan membuatkan dia berfikir sejenak sebelum memberikan jawapan. Contohnya "macam mana awak tahu pasal tempat ini?" atau "dekat area sini tempat makan mana yg best?".

Tetapi jangan lah bertanya tentang soalan sains atau matematik tambahan kepada dia, soalan itu perlua lah berpada pada.

3. Benarkan dia untuk menerangkan tentang perkara yang anda tidak tahu.

Jika dia sedang menceritakan sesuatu yang baru, yang anda tidak tahu tentangnya. Biarkan dia terus bercerita dan menerangkan kepada anda. Ini akan membuat kan perbualan itu lebih panjang.



4. Bacalah berita semasa

Jangan lah anda hanya duduk di bawah tempurung. Ambil tahu tentang keadaan dan berita semasa. Ini sangat berguna untuk menjadikan topik perbualan itu lebih menarik. Contohnya "anda tahu ada sesuatu yang menarik berlaku di kawasan ini beberapa hari yang lalu?"

5. Berkongsikan pengalaman
Jika si dia itu menceritakan sesuatu yang dapat anda kaitkan dengan pengalaman hidup anda, ceritakan lah kisah anda pula. Jangan rasa ragu ragu untuk berkongsikan pengalaman hidup anda. Dengan cara ini, anda akan menjadi lebih rapat dengan si dia.


6. Keluarga Pekerjaan Hobi dan Impian

Gunalah 4 topik utama ini untuk bebicara bersama teman baru anda. Contoh nya:

Keluarga = " Sudah berapa lama awak duduk di kawasan ini?" atau "Adakah keluarga awak berada berdekatan dengan tempat ini?"

Pekerjaan = "Sekarang awak bekerja sebagai apa?" atau "Saya tak berapa tahu tentang kerja awak, cubalah cerita?"

Hobi ="kalau awak ada masa terluang, selalu nya awak akan buat apa?" atau "selalu ke awak jogging kat tempat ni?"

Impian = "kalau awak di berikan peluang, awak nak bercuti di mana?"

7. Sentiasa jujur dalam bicara

Elakkan daripada bercerita tentang perkara yang tidak benar, kadang kala mungkin si dia dapat tahu anda senang menipu. Jika ini berlaku, maka si dia akan hilang minat untuk berbual bersama anda.


8. Belajar dari pengalaman orang lain

Jika anda ada kawan atau ahli keluarga yang sangat peramah dan mudah untuk bergaul dengan orang lain. Ikutilah cara mereka memulakan bicara. Belajar dari pengalaman orang lain tiu lebih mudah dari belajar dari mengalami nya sendiri.

9. Puji tentang diri mereka

Memberikan kata kata pujian dan memberikan senyuman akan membuatkan dia lebih senang untuk berbicara bersama anda. Tetapi jangan terlalu memuji sehingga dia merasa tidak selesa, dan elakkan memberi senyuman yang sinis.

10. Memperbanyakkan latihan

Jika ada seseorang yang duduk di sebelah anda di dalam bas atau keretapi, cubalah untuk memulak bicara bersama. Jika anda kerap berlatih, maka anda akan rasa lebih mudah untuk berbicara dengan sesiapa sahaja.


11. Perkara yang di larang

Elak kan daripada bercerita tentang agama, politik atau ekonomi pabila berbicara dengan orang yang baru anda kenali. Kerana pada sesetengah orang, isu isu berkaitan seperti ini amat sensitif kepada mereka.

12. Menggunakan ayat yang berbeza daripada biasa

Daripada anda berkata " Kenapa awak naik bas, kenapa tak naik teksi?" , adalah lebih baik jika anda menggunakan ayat yang berbeza seperti "Awak naik bas ni nak pergi mana, pernah cuba Uber?"

13. Mereka juga berasa janggal dan malu

Tetap kan di dalam fikiran anda, bahawa orang yang baru anda kenali itu juga ada rasa janggal dan malu untuk berbicara dengan anda. Jika anda tidak suka tentang beberapa perkara pabila bertemu rakan baru, maka anda fikirkan juga mungkin si dia itu tidak suka jika anda berbuat demikian.



Dikuasakan oleh Blogger.