Header Ads

Menurut Psikologi Ada 6 Jenis Bentuk Percintaan, Yang Mana Satu Kamu Sedang Lalui?




Dalam suatu perhubungan percintaan, kita boleh perhatikan lain pasangan lain cara mereka bercinta. Ada yang jiwang berbunga-bunga, ada yang dikawal ketat oleh pasangan, ada jugak yang nampaknya sangat enjoy! Menurut psikologi, ada 6 jenis hubungan cinta. Mana satu agaknya jenis percintaan kamu?


1. Eros [Cinta Fizikal]

Cinta jenis ini bermaksud kamu tertarik dengan orang yang mempunyai penampilan menarik.
Selalunya kamu akan cenderung untuk membina hubungan yang berasaskan fizikal, kurang pengalaman dengan emosi.
Sudah diketahui bahawa kurangnya emosi dalam perhubungan akan membawa kepada berakhirnysa sesuatu hubungan.

Pencinta jenis Eros:
- selalunya merasakan tekanan semasa peringkat awal perhubungan.
- mudah jatuh hati dengan keadaan fizikal seseorang
- boleh menjadi ketagih kepada perhubungan yang baru, tapi mudah hilang minat dengan cepat.

2. Ludus [Cinta Permainan]

Pencinta jenis Ludus melihat perhubungan seakan suatu yang menarik, kasual dan mainan.
Pencinta jenis Ludus memandang perhubungan itu seperti permainan yang harus dimainkan. Mereka selalu mengelakkan komitmen dan gemar bersuka-suka sahaja.
Mereka yang terikat dengan pencinta jenis Ludus cenderung untuk menipu dan curang.

Pencinta Jenis Ludus:
- rasa cukup dengan dirinya sendiri
- berkongsi hanya sedikit maklumat mengenai diri mereka
- mempunyai ciri-ciri narsisistik iaitu mencintai dirinya sendiri.


3. Mania [Cinta Posessif - Memiliki]

Pencinta jenis Mania selalunya orang yang mempunyai permintaan yang tinggi, bersifat bergantung kepada orang lain dan merasa memiliki.
Jika kamu seorang pencinta jenis Mania, kamu akan cendenrung untuk mengawal keadaan dan ingin mengetahui segala yang dilakukan oleh pasangan.
Pencinta jenis ini tidak mempercayai pasangan dan mempunyai kesukaran untuk mempercayai perhubungan romantik.

Pencinta jenis Mania:
- terlalu obses terhadap cinta
- mudah terluka
- memerlukan pengesahan dalam perhubungan.


4. Agape [Cinta Yang Tidak Mementingkan Diri]

Pencinta jenis Agape boleh dikelaskan sebagai pencinta yang tidak mementingkan diri. Jika kamu mempunya gaya percintaan jenis Agape, kamu cenderung untuk memberi berbanding menerima.
Kelebihannya adalah kamu cenderung untuk mengambil berat tentang keadaan dan kesihatan pasangan.
Cinta ini mungkin nampak seperti cinta yang ideal, ia mungkin ada isu berkaitan codependency atau kebergantungan.

Pencinta jenis Agape:
- mempunyai cinta tanpa syarat kepada pasangan.
- mempunyai semangat kasih sayang yang tinggi terhadap pasangan.
- akan meletakkan keperluan pasangan sebagai keutamaan berbanding keperluan diri.


5. Pragma [Cinta Praktikal]

Pencinta jenis Pragma selalunya mencari seseorang yang memenuhi imej tertentu untuk cintanya.
Jika kamu mencari seseorang berdasarkan umurnya, keadaan kewangan, karekter fizikal, budaya atau latarbelakang spiritual, kamu dikategorikan sebagai pragma.
Kebanyakkan orang yang menggunakan aplikasi dating atau laman web dating di internet adalah pencinta jenis pragma.

Pencinta jenis Pragma:
- sangat tinggi rasionalnya
- menggunakan pengetahuan empirikal untuk dating dan bercinta
- membuat pertimbangan dengan berhati-hati apabila bertemujanji dengan seseorang.


6. Storge [Cinta jenis Companionate]

Cinta jenis Storge mempunyai perhubungan yang berasaskan persahabatan, berkongsi nilai, matlamat dan keserasian bersama.
Mereka kadang-kadang bersifat percampuran antara pencinta jenis pragma dan agape.
Jika kamu pencinta jenis ini, kamu tidak akan mudah tertarik dengan keadaan fizikal seseorang atau menjadikannya sebagai keutamaan dalam senarai.
Pasangan yang telah lama bersama kadang-kadang berubah cinta mereka kepada jenis companionate.

Pencinta jenis companionate:
- stabil dan boleh diharap
- tidak mencari terlalu banyak keseronokan
- mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap pasangan.

Pengetahuan mengenai jenis hubungan cinta ini boleh digunakan dalam banyak perkara, termasuklah dalam mencari pasangan yang sesuai.

sumber: couplecounsellingchicago

Dikuasakan oleh Blogger.