Header Ads

Mari latih minda anda untuk memahami illusi optik.


Anda suka ilusi optik. Apa itu sebenarnya ilusi optik? Ianya adalah gabungan diantara warna, cahaya dan bentuk dimana ia akan direka untuk mengelirukan minda anda kerana minda anda tidak dapat mengolah apa sebenarnya yang mata anda melihat.

Kami akan kongsikan 2 gambar ilusi optik. Anda boleh cuba, dan lihat berepa lama masa yang anda ambil untuk memahami gambar tersebut.

Coffer Illusion

Dalam gamabr di atas ada 16 bulatan. Adakah anda dapat jumpa kesemua 16 bulatan itu?

Tidak mengapa jika anda mengambil masa yang lama sekalipun. Cuba lah lihat dari sudut yang berbeza-beza sehingga anda jumpa bulatan itu.

Setelah anda jumpa bulatan di dalam gambar ini, minda anda akan terbiasa dan memahami maksud gambar tersebut, dan anda akan lebih musdah untuk mencari bulatan itu jika di lihat gambar ini buat kali kedua.

Baiklah, gambar kedua ini akan terus membuatkan anda nampak apa yang minda anda mahu anda nampak. Bagi kami sendiri sekalipun, kami masih nampak garisan di dalam gambar dibawah ini masih bengkok walaupun di lihat berkali-kali.

Cafe Wall Illusion

Sebenar nya setiap garisan dan petak di dalam gamabr tersebut adalah sama saiz dan lurus. Tetapi minda kita akan tetap berkeras dengan illusinya kerana itu yang lebih mudah di fahami.

Kalau pening, jangan lah tengok lama-lama gambar ini. Juling mata anda nanti.
Dikuasakan oleh Blogger.