Header Ads

"Manusia Mentol" Mendakwa Dirinya Kenyang Dengan Hanya Makan Tenaga Elektrik


Naresh Kumar, dari Muzzafarnagar, utara India, mendakwa dirinya mempunyai kelebihan yang unik. Bukan sahaja dirinya secara semulajadi kebal daripada voltan yang tinggi, tetapi dia juga dikatakan mampu menarik tenaga terus daripada tenaga elektrik. Maka, dia tidak memerlukan makanan biasa untuk meneruskan hidup.

Naresh yang berusia 42 tahun berkata dia menyedari kuasanya yang luar biasa sejurus selepas satu kemalangan. Dia berada di tempat kerja dan tersentuh wayar hidup, secara tidak sengaja, tetapi tiada apa-apa yang berlaku.

Kebanyakan orang akan bersyukur kerana tiada apa-apa yang berlaku dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang, tetapi tidak buat lelaki ini. Dia memilih untuk mencari tahu tentang "kuasa luar biasa", dengan mengambil lebih banyak wayar hidup dan mula menyedari yang dia boleh menggunakan tenaga elektrik sebagai alternatif kepada makanan biasa.


"Setiap kali saya berasa lapar dan tiada makanan di rumah, saya memegang wayar hidup dan dalam masa sepuluh minit saya berpuas hati. Saya makan elektrik seperti makanan biasa," Naresh Kumar memberitahu Cover Asia Press. "Saya dapat menyentuh pelbagai peralatan elektrik seperti televisyen, mesin basuh, dan peti sejuk dengan tangan saya semata-mata dan ianya tidak memberi kesan kepada saya. Malah, ianya membantu tahap tenaga saya. Saya rasa hampir 80 peratus daripada badan saya sekarang terdiri daripada elektrik."

Naresh sangat taksub dengan penebatan secara semulajadi yang ada pada dirinya, sehinggakan rumahnya kini penuh dengan wayar hidup yang membolehkannya menyentuh sumber tenaga kegemarannya setiap masa.

"Tiada suis, dan kadang-kadang saya dan anak-anak takut kami akan terkena kejutan elektrik," kata isterinya.

"Saya tahu saya unik - bukan semua orang dapat melakukannya. Isteri saya tidak berasa kagum tetapi pasti orang lain akan berasa kagum," Naresh memberitahu para wartawan.

Naresh bukanlah satu-satunya manusia di dunia ini yang dapat bertahan dengan voltan tinggi tanpa mengalami sebarang kecederaan. Sebelum ini, Slavisa Pajkic, Si Bateri Manusia, atau "Lelaki-Elektro" Raj Mohan Nair turut dikatakan mempunyai kelebihan luar biasa ini tetapi mereka tidak mendakwa diri mereka mendapat tenaga daripada kuasa elektrik.



Dikuasakan oleh Blogger.