Header Ads

Lelaki Kelantan berjaya menukarkan wajahnya seperti watak anime Final Fantasy (Squall Leonhart).


Sekarang ini, jika anda rasa tidak berpuas hati dengan tunbuh badan anda. Anda boleh tukar mengikut kemahuan anda, selagi anda masuih berduit.

Di sini ada satu kisah tentang lelaki melayu kita, cerita nya tidak lah baru dan tidaklah terlalu lama.
Al kisah nya, beliau telah menghabiskan 38 ribu ringgit untuk membuat pembedahan muka, berhajat untuk mencapai impiannya, supaya beliau nampak sama seperti watak anime Final Fantasy (Squall Leonhart)


Final Fantasy adalah antara anime yang menjadi kegilaan ramai remaja di dunia, bukan sahaja kartun anime itu sahaja, malah game dan patung mainan Final Fantasy juga menjadi kegilaan.

Baiklah, lelaki melayu kita ini bernama Amirul Rizwan Musa yang berasalh dari kelantan. beliau adalah usahawan kecantikan di kelantan. Dahulunya muka beliau melayu beliau boleh dikatakan standard muka melayu kita.

Warna gelap-gelap sikit (mungkin byk bersukan), hidung mancung, mata tak sepet dan tak besar, ada jerawat sikit-sikit. Standard lah muka melayu. Beliau telah melalui 2 kali pembedahan plastic pada mukanya untuk mendapat wajah yang diingini.

Anda boleh search tentang Amirul ini di social media, belia menggunakan nama Miyyo Rizone. Dalam profile beliau ada banyak gambar-gambar yang menunjukkan perubahan pada mukanya sebelum dan selepas pembedahan.




Amirul pertama kalinya membuat pembedahan plastik adalah pada tahun 2014 semasa beliau 17 tahun, lepas habis SPM la. Pembedahan itu dilakukan di luar negara.

Tetapi sebelum anda memberi apa-apa komen yang negatif tentang Amirul, anda perlu tahu dahulu apa sebab beliau melakukan pembedahan itu.

"Selepas saya mendapat sakit chicken pox semasa 16 tahun, kulit muka saya merosot teruk dan saya hilang rasa malu dengan orang lain."

"Saya terlalu obses dengan watak-watak di dalam kartun jepun (anime), di sebabkan saya berasa malu dengan keadaan muka saya pada ketika itu, saya nekad untuk melakukan pembedahan plastik supaya saya rasa lebih yakin untuk bertemu dengan orang lain."

"Walaupun ada orang yang perli dan mengutuk saya, tetapi ibu dan ayah saya menyokong dan menerima keputusan saya, semua kutukan dan perli itu saya abaikan."


Bagi pendapat kami, ini semua adalah pilihan masing-masing. Selagi mana dia tak meilih untuk tukar jantina macam Datuk sajat, kami rasa pilihan dia masih ok. Tetapi, kalau boleh tidak perlulah menukarkan apa yang ada pada tubuh kita dengan hanya bersebabkan malu untuk berjumpa dengan orang lain.

Kami hanya memberikan pandangan sahaja, tetapi jika kami berada di tempat Amirul,, boleh jadi perkara yang sama akan berlaku juga. Anda rasa bagaimana?
Dikuasakan oleh Blogger.