Header Ads

Kerja, kerja juga! Tapi jangan abaikan keluarga kerana wang tak boleh gantikan masa bersama mereka


Mencari nafkah demi keluarga menjadi tuntutan diri yang harus dihadapi lelaki masa kini. Kerana lelaki memang dijadikan sebagai kepala keluarga, jadi tak heranlah kalau mereka keluar pagi dan balik petang demi mengais rezeki untuk keluarga terutamanya. 

Persaingan era baru kini semakin pesat ditambah lagi dengan keinginan untuk membangunkan keluarga bersama isteri yang tercinta. Itulah menjadi satu alasan kenapa lelaki memilih untuk bekerja keras di siang hingga malam agar mendapat lembaran wang ringgit demi membahagiakan keluarga.

Salahkah mereka memilih mementingkan kerja lebih dari keluarga dan pasangan? Ye, itu tidak menjadi satu kesalahan kerana dengan mengumpul wang, ia secara automatiknya akan mendatangkan kebahagiaan pada diri dan juga keluarga yang dicintai. Tetapi sebanyak manakah wang yang mahu dikumpul demi kebahagiaan itu dan adakah dengan wang yang banyak akan membuatkan kita benar-benar merasa bahagia!

Bekerja siang dan malam memang membuahkan hasil wang yang banyak, Tapi..

Ada faktor yang akan menyebabkan korang lalai dan tiada masa untuk dibahagikan dengan orang-orang yang korang sayang. Maka korang akan terlepas detik-detik istimewa bersama keluarga dan makin lama korang akan terus dibawa arus sehingga korang menyedari bahawa tiada apa yang lebih penting melainkan orang-orang yang korang cintai.

Retaknya hubungan keluarga setelah mempunyai wang yang banyak, kepada siapa yang ingin dikongsikan?

Salah satu faktor besar yang korang nak dapatkan dikala korang memilih untuk bekerja tak mengira waktu akan membuatkan retaknya hubungan keluarga yang selama ini korang jaga. Diwaktu korang kecil dulu, korang selalu penting urusan keluarga dan apapun yang jadi "Family first". 

Namun semuanya berubah bila mana korang mula mendahulukan kerja daripada keluarga. Semakin lama korang pentingkan kerja semakin terbuka jurang antara korang dengan keluarga sendiri. Walau dipenghujungnya korang boleh mengumpul banyak wang dengan bekerja siang dan malam tapi apakah erti wang tersebut sekiranya korang tidak ada masa dengan keluarga yang korang cintai?

Walau disaat korang dah punya pasangan, kemesraan berdua itu akan menjadi hambar kerana kesibukan kerja. 

Tak jauh beza orang yang sudah berkahwin ataupun bercinta ni kalau dah sibuk dengan kerja. Meski pada awalnya, korang sangat sayang dan cinta pada pasangan korang, lama-lama perasaan itu akan luntur secara perlahan-lahan. Ketika kerja sudah menjadi yang pertama, korang tidak lagi menghiraukan orang-orang disekeliling.

 Pasangan korang yang dahulunya support untuk korang bekerja keras demi keluarga pada akhirnya akan berasa kecewa dengan pilihan korang yang lebih mementingkan urusan kerja dari hal peribadi. Perlahan tapi pasti, rasa cinta yang selama ini korang rasa akan terkikis dan mati sehingga tak da lagi perasaan itu didalam hati.

Memang boleh pilih kerja atau keluarga sebab itu hak sendiri. Tapi...


Nanti korang akan sedih bilamana orang-orang terdekat itu pergi meninggalkan korang. Persoalannya tentang mengutamakan pekerjaan atau keluarga itu memang hak sendiri. Orang lain takda hak nak atur permasalahan hidup korang. Tetapi ada konsekuensi masing-masing yang akan korang dapat dipenghujungnya. 

Namun jangan pernah sesali pilihan korang dikala dah sibuk nanti, takut perlahan-lahan mereka yang korang sayangi akan mengusir korang. Mereka usir bukan sebab tak sayang tapi mereka kecewa korang meletakkan mereka pada no 2 dalam hidup korang. 

Bukankah lebih bijak kalau korang membahagikan sedikit waktu untuk bersama dengan mereka? kerana mereka adalah orang-orang terpenting dalam hidup. Jadi tolong jangan usir mereka hanya kerana kerja korang itu!
Dikuasakan oleh Blogger.