Header Ads

Kekayaan Jack Ma telah dipintas oleh syarikat yang mengendalikan aplikasi Wechat, mari kenali lelaki itu


China telah mengeluarkan senarai baru untuk ranking terkini orang terkaya pada isnin lalu.

Ma Huateng, yang dikenali sebagai Pony telah melepasi Jack Ma Alibaba untuk menjadi lelaki terkaya negara menurut senari jutawan Forbes.

Pony Ma pengasa dan Ceo syarikat internet Tencent, yang mengendalikan aplikasi yang sangat populor iaitu Wechat.

Dia menduduki tangga ke-18 di dunia selepas harga saham syarikatnya melonjak sebanyak 3%, meninggalkan Jack Ma di tempat ke-20.

Tetapi Jack Ma dengan pantas membalikkan pertukaran itu pada petang Isnin selepas saham Alibaba naik hampir 3%. Dia kini kembali ke tempat ke-18 dalam senarai berikut, dan Pony Ma menduduki tempat ke-19.

Jom lihat slide dibawah untuk ketahui lebih lanjut mengenai Ma dan Tencent.

Ma Huateng yang berusia 45 tahun. Beliau adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Tencent, portal internet terbesar di China.

Tencent adalah syarikat yang kendalikan apps Wechat dan aplikasi lain seperti Whatsapp, Google News, Uber dan Deliveroo. Dikira mempunyai sekitar satu bilion pengguna.

Ma kini merupakan pemegang tersebar syarikat dengan kepentingan sebanyak 8.71% dalam syarikat, menurut Quartz


Syarikat Tencent bermula dari bawah, Ma yang mengasaskan syarikat itu pada tahun 1998 sewaktu umurnya 26 tahun, dan produk pertamanya adalah knockoff

Dua orang menggunakan handphone di bawah logo Tencent pada persidangan internet pada tahun 2014 di Beijing. Kim Kyung Hoon/ Reuters dan produk pertama Tencent adalah penyesuaian ICQ pesanan segera Israel untuk pasaran China, menurut The Economist

Setelah membangunkan reputasi sebagai copycat, Ma putuskan untuk meletakkan Tencent melalui beberapa " institusi refleksi diri " pada tahun 2011.


Me mengadakan sepuluh siri mesyuarat dimana pakar diambil untuk mengendalikan tugas syarikat, menurut Blommberg.

Tencent melancarkan Wechat pada tahun sama yang telah diusahakan oleh tenaga dan idea pakar yang diambilnya sebelum ini. Idea dan tenaga mereka jelas terbayar.

Wechat yang dilancarkan pada Januari 2011 telah menempah nama dan sangat popular dengan cepat. Menjelang april tahun ini, aplikasi itu mencatatkan 938 juta pengguna aktif setiap bulan, menurut laporan Tencent 2017 Q1.

Pada tahun lalu usaha Tencent telah menghasilkan keuntungan $12.5 bilion bersamaan dengan RM 53,543,105,798.26, menurut laporan syarikat itu




Dikuasakan oleh Blogger.