Header Ads

Kakak Sulung Memang Luar Biasa, 4 Sikap Menyebabkan Kakak Sulung Disayangi


Hakikatnya ayah dan ibu adalah orang yang terpenting dan teristimewa di dalam keluarga. Pun begitu, tahukah anda bahawa anak perempuan pertama juga adalah istimewa kedudukannya dalam keluarga.

Tanggungjawabnya begitu penting, sementelah kakak sulung ini lebih arif dalam menggalas tugas-tugas yang sering ibu lakukan seperti memasak, mengemas, menjaga adik dan sebagainya. Ternyata sesiapa di antara kita yang mempunyai kakak seharusnya berasa bertuah dengan kehadirannya di dalam keluarga. Jom semak apa lagi keistimewaan yang dimiliki oleh seorang kakak yang cukup luar biasa!

1. Lebih penyabar

Tidak dinafikan kebiasaannya adik sering iri hati dengan kakak jika ibu atau ayah sering menjadikan kakak sebagai contoh untuk diteladani oleh adik-adik. Hal ini juga boleh menjadi penyebab untuk adik dan kakak bertengkar. Namun sedar atau tidak, biasanya kakak akan tetap menyayangi dan sabar dengan kerenah adik-adiknya.


2. Mudah beri pertolongan

Perasan atau tidak, seorang adik biasanya akan sering meminta pertolongan kakaknya walau apa hal sekali pun. Memandangkan kebiasaannya orang tua kita sering berpesan untuk saling bantu-membantu di antara adik-beradik. Lantaran kakak paling tua, maka personalitinya lebih matang dan boleh diharap. Ini menjadikan kakak tidak akan terasa terbeban untuk membantu adik-adiknya.


3. Pendengar setia

Hanya kakak perempuan kebiasaannya lebih setia mendengar luahan hati adik-beradiknya yang lain. Ini menjadikan adik-adik lebih selesa untuk berkongsi rahsia dengan kakak berbanding adik-beradik yang lain.


4. Tempat rujukan

Dikatakan kakak sulung lebih pintar memandangkan sering memberi tunjuk ajar dan mengingatkan adik-adik dalam pelajaran sejak dari kecil lagi. Bila dewasa, pelbagai perkara dan nasihat tidak putus-putus diberikan kepada adik-adiknya. Ini menjadikan secara tidak langsung, kakak menjadi dan terlihat lebih pintar.

Dikuasakan oleh Blogger.