Header Ads

Kajian mendapati lelaki yang berjambang lebih setia dalam menjaga komitmen


Bertuahlah wanita dengan suami yang memilih memelihara janggut.

Menurut kajian yang diterbitkan oleh Journal of Evolutionary Biology, diketuai oleh Barnaby Dixson, lelaki berjanggut lebih setia dalam menjaga komitmen berbanding lelaki yang tidak berjanggut.

Kajian mendedahkan alasan berlandaskan logik selama eksperimen berlangsung.

Hasilnya, lelaki berjanggut mempunyai karakter maskulin dan magnet feminin. Dua lelaki tersebut membuat ramai wanita jatuh hati dan terpikat. Sebabnya, menurut sebahagian besar wanita, mereka tidak suka mempunyai pasangan yang terlalu feminin atau terlalu maskulin.

Selain itu, janggut menunjukkan testosteron dan itu mewakili kejantanan lelaki sehingga membuat ramai wanita tergila-gila.

Bagaimana dengan lelaki yang tidak berjanggut dan lebih selesa dengan wajah tanpa ditutupi oleh rambut tebal? Berdasarkan pungutan pendapat dan eksperimen, lelaki yang memilih mencukur habis janggut di sekitar rahang dan dagu cenderung untuk tidak setia pada pasangan.

Kehadiran janggut, menurut majoriti, melahirkan sifat misteri yang mencetuskan rasa ingin tahu wanita. Kajian ini melibatkan 8520 wanita. Hampir keseluruhan memilih lelaki yang berjanggut sebagai pasangan untuk hubungan jangka panjang dan perkahwinan. Demikian memetik Woman’s Day.
Dikuasakan oleh Blogger.