Header Ads

Jika Anda Tidak Menangis, Ini Sebenarnya yang Akan Berlaku Pada Diri Anda


Menurut pakar psikologi, menangis adalah baik untuk diri kita dan membuatkan kita menjadi seorang yang lebih kuat. Ianya adalah tanda kekuatan dan kemampuan kita untuk bangkit dengan segera daripada sebarang kesusahan.

Menangis juga merupakan cara yang bagus untuk meredakan tekanan dan mengeluarkan segala perasaan risau dan sedih.

Air mata yang keluar itu mempunyai hormon yang akan meningkatkan mood kita selepas menangis. Kita mesti akan rasa lega selepas menangis, kan?

Jika kita menahan air mata, ia boleh menyebabkan kerosakan atau bahaya untuk jangka masa yang panjang pada psikologi kita.

Malah, jika kita mengumpulkan perasaan kita, ia boleh membawa kepada kemurungan, keresahan, dan penyalahgunaan dadah.


Cara kita menangis tidak boleh dikawal. Ia adalah cara semulajadi kita meluahkan emosi dan semestinya memerlukan kekuatan untuk melakukannya. Jadi, biarkan jika ada yang berkata "buruklah bila menangis".

Mulai saat ini, berhenti fikirkan apa yang orang lain akan fikirkan tentang anda dan menangislah apabila anda mahu.

Ia akan membuatkan anda lebih kuat!

Dikuasakan oleh Blogger.