Header Ads

Jika anda tidak mahu perkara buruk berlaku kepada anda atau keluarga, ingatlah 5 perkara penting ini.




Sosial media adlah satu tapak untuk merapatkan hubungan antara kenalan yang sudah lama tidak berjumpa, atau untuk mengenali rakan-rakan baru. Itu adalah tujuan asal social media di reka. Tetapi anda perlu tahu setakat mana had yang anda perlu ikut, supaya sosial media ini tidak akan membahaya kan anda dan keluarga anda.

Ini adalah 5 perkara di mana anda perlu elakkan daripada post di laman facebook atau sosial media yang lain.

#1. Tarikh lahir anda dan keluarga anda.

Kalau facebook tak bagi reminder atau peringatan tentang tarikh lahir anda, pasti kurang orang yang akan wish kepada anda. Bagi mereka yang selalu lupa birthday ibu, ayah, adik-beradik, gf & bf korang. Facebook birthday reminder ini adalah satu penyelamat bagi korang.

Tetapi jika boleh, anda tidak perlulah memberikan maklumat yang penuh tentang tarikh lahir anda, kerana zaman sekarang ini, dengan tarikh lahir sahaja, identiti anda boleh dicuri orang lain. Jika rakan-rakan anda adalah sahabat sejati anda, setakat tarikh lahir tu mesti diaorang boleh ingat.


#2. Status hubungan (Relationship status)

Ramai stalker-stalker anda diluar sana yang hanya menanti untuk anda tukar status anda kepada "single". Sekali diaorang dapat tahu anda sudah menjadi single, maka itu telah memberikan mereka lampu hijau untuk mereka meneruskan agenda nakal mereka terhadap anda.

#3. Lokasi

Ramai orang sekarang sangat suka share lokasi mereka semasa mereka pergi bercuti atau keluar berjalan-jalan dan sebagainya. Niat anda baik, anda hanya untuk memberitahu kepada rtakan-rakan yang bahawa anda tidak ada di rumah. Tak tahu lah kalau niat tu baik bagus la, tapi kalau nak riak tu lupakan lah.

Kerana, anda memberi peluang kepada mereka-mereka yang berniat jahat ini untuk mereancang merompak rumah anda semasa anda tiada. Atau lebih buruk lagi, mereka ingin merompak anda semasa anda bercuti, kerana mereka sudah tahu lokasi dan masa anda berada di tempat tersebut.

#4. Memberitahu anda keseoarang di dalam rumah.

Kalau dah terlalu bosan sekalipun, tidak perlu lah anda beritahu di laman sosial. Kalau nakkan teman, telefon sahaja rakan-rakan anda untuk datang teman di rumah. Dah tahu duduk sorang-srorang, lagi nak mengajak perompak secara terbuka di laman sosial.

Elok jika anda beritahu anak-anak atau adik-adik anda yang kecil, jika boleh, tidak perlulah bercerita tentang mereka berada keseorangan di dalam rumah. Itu hanya mengundang bahaya daripada mengundang rakan-rakan untuk datang.

#5. Elakkan tag nama anak-anak anda.

Sekarang banyak kes culik berlaku disini sana. Setiap hari anda beritahu mereka, jika ada orang yang tidak kenal, jangan sekali-kali ikut. Tetapi, jika orang yang merka tidak kenal itu, siap boleh beritahu nama penuh ibu dan ayah nya, termasuk adik-beradik dia sekali, amat kuatlah kemungkinan mereka untuk berfikir bahawa penculik itu adalah seseoarang daripada keluarga mereka.

Pabila anda mula tag nama anak-anak anda di laman sosial, penculik ini sudah mengetahui siapa ibu dan bapa nya, dan adik-beradik nya. Tak susah untuk mereka menceari info didalam laman sosial. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang jenis semua benda nak share pada orang ramai. Ingat orang lain nak tahu sangat info tentang diri anda.


Hadkan beberapa informasi tentang diri anda, jika mereka berminat untuk berkenalan, suruh dia PM tepi. Ok.
Dikuasakan oleh Blogger.