Header Ads

Jatuh Hati Pada Si Dia? Ini 7 Tips Untuk Memikat dan Mencairkan Hati Lelaki


Cara memikat dan mencairkan hati lelaki kacak dan ego...

Manusia mencari bahagia, ianya milik setiap insan, ianya begitu istimewa, ianya anugerah Ilahi buat umat manusia. Namun begitu hati yang dibelai rasa cinta, hanya sebelah pihak sahaja....edisi cari calon suami, mungkin agak klise penulisan aku kali nie, tapi aku harap ianya penuh makna, bagi wanita dan gadis comel diluar sana, semoga korang mendapat manfaat memikat Mr Right yang korang dah jumpa...yang menyebabkan jantung korang berdegup kencang. Yang korang rasa korang sudah jatuh cinta. Islam meraikan cinta tetapi menolak couple...itu jelas



Rasa cinta yang korang tak mampu luahkan..tips di bawah nie boleh membantu korang untuk memikat lelaki yang korang cintai...malah untuk si isteri juga boleh aku rasakan tips nie, ianya adalah sinomin dengan sifat istimewa wanita.....


Tips no 1: Sifat kelembutan


Lelaki memang mudah terpikat dengan kelembutan, kerana kelembutan bukan sifat lelaki pada asasnya. Lelaki biasanya dikaitkan dengan sifat macho, agak keras di dalam menghadapi situasi kehidupan . Maka kekurangan pada lelaki akan dilengkapkan oleh sifat kelembutan wanita...lelaki akan cair dengan kelembutan wanita....suami dan lelaki akan terpikat pada kasih sayang, sifat keibuan, mengambil berat serta kelembutan sebagai sifat natural wanita. Pamerkan kelembutan ianya melengkapkan jiwa lelaki. Lelaki akan meletakkan kelembutan wanita sebagai keutamaan bila ianya sudah yakin untuk berumahtangga, lelaki yang berfikiran matang, biasanya mempunyai visi di dalam kehidupannya di masa akan datang, akan memilih wanita yang penuh sifat kelembutan, untuk menjadi antara tunggak membina keluarga yang penyayang serta boleh menyayangi anak atau zuriatnya..so korang girls please ambil perhatian bab nie....sebab secara semulajadinya wanita memang bersifat lemah lembut.




Tips no 2: Sifat Manja

Lelaki pada asasnya garang, cepat melenting( biasanya bila ego nya tercabar, walaupun ianya kacak...) dan ganas di dalam sesetengah situasi. Cuma bab nie korang jangan gedik sudah lah...ianya berbeza dengan sifat keanak-anakan. Sifat ini boleh menghiburkan serta boleh memukau lelaki....Lelaki amat suka wanita yang mempunyai kelembutan dan disempurnakan dengan sifat manja. Kalau korang girls yang dah berkahwin sifat manja dan ceria korang, boleh menyebabkan husben korang terpukau.All out manja bila kena dengan tempat dan masanya...korang akan memenangi hati silelaki.Kelembutan adalah titik kelemahan lelaki..seorang suami yang angin dan marah marah mungkin sukar dipujuk..namun seorang istei boleh meredakan kemarahan si suami, kelembutan dalam percakapan..pertanyaaan..dan belaian boleh meredakan keadaan.







Tips No 3 : Menerima Seadanya




Lelaki akan mencari calon isteri yang boleh menerima dirinya seadanya keadaan dirinya dan pekerjaannya, Lelaki akan cair bila wanita atau gadis yang boleh menerima keadaan dirinya seadanya...bab kata lirik lagu jangan ada dusta antara kita....hehheheh... Sebab apa girls, kejayaan dan kehebatan lelaki biasanya dikaitkan dengan wanita yang memberi support yang kuat dekat dirinya...terutama bila di dalam kesusahan , korang yang girls mampu memberikan sokongan yang tak berbelah bagi pada dirinya.Lihat sahaja kekuatan seorang suami atas dorongan dan sokongan si isteri.


Tips No 4 : Mengerti Kerjaya Dan Keadaan Hidup Dan Kehidupan Lelaki


Lelaki akan tenang, jika ada wanita sentiasa memahami keadaan dirinya, Sifat wanita yang mudah mengalah, boleh memaafkan, boleh memilih timing yang tepat untuk berleter, berbincang dan bergurau. Timing yang betul serta memahami adalah kunci memiliki lelaki atau Mr right yang korang idamkan







Tips No 5: Menjaga Penampilan Dan Imej

Semua manusia suka kepada kecantikan. Lelaki suka kepada wanita atau gadis yang kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik.menjadi kebanggaan lelaki memiliki wanita yang cantik. Walaupun begitu kecantikan nie subjektif pada aku..ianya bergantung kepada keadaan..begitu hebat kuasa Allah SWT meletakkan nilai kecantikan berbeza beza pada pandangan manusia, ianya begitu unik sekali...mungkin korang melihat seorang lelaki tu kacak tak terkalah..namun pada pandangan mata wanita lain..biasa sahaja...so girls..jaga penampilan korang...bila ianya dipadukan dengan tips 1- 4 sahaja sudah boleh mencairkan lelaki.



Tips No 6: Memiliki Dan Menjaga Kehormatan Diri




Bab nie nampak macam skema je aku nie..tapi girls..nie paling penting buat lelaki. Kalau aku tanya korang sweet atau coklat yang korang jumpak tepi jalan ,yang terdedah kena panas, debu, hujan,habuk dengan coklat yang korang jumpa tersimpan rapi di dalam almari kedai yang di display..masih belum dibuka..masih lagi siap dengan tanda harga ...yang mana korang agak akan jadi pilihan..walaupun nampak simple tetapi penting....Wanita kena jaga maruah dirinya....Lelaki suka gadis yang menghormati diri sendiri, bersikap sopan dan mempunyai etika,tahu batas untuk berjumpa, bersembang dan berbincang..tidak sesekali membiarkan lelaki memperlakukan diri korang sesuka hati ok...korang jaga maruah diri, jaga maruah keluarga. Lelaki suka wanita yang berilmu, intelek dan berani mempertahankan hak mereka


Tips No 7:  Kecantikan Dalaman

Kecantikan dalaman nie datang dari hati yang ikhlas. Korang dah jatuh cinta dan ingin memikat hati Mr Right korang girls, dan korang ikhlas. Kecantikan wanita atau gadis bukan hanya diukur dari segi luaran sahaja tetapi juga dari hati..ianya mampu memancarkan keikhlasan dan menjernihkan wajah, Menampilan penting, wajah yang comel dan cantik penting tetapi kecantikan dalaman merupakan kecnatikan tak terkalah..ianya cerminan akhlak dan peribadi yang korang tak boleh nak dibuat buat atau secara sengaja.lelaki akan melihat nie sebagai lambang kecantikan sebenar gadis atau wanita...
Dikuasakan oleh Blogger.