Header Ads

Ini Manfaat Luar Biasa Minum Air Putih Waktu Perut Kosong di Waktu Pagi


Sejak kecil, kita didedahkan dengan kepentingan meminum air putih dalam kuantiti yang cukup supaya badan menjadi sihat.

Dehidrasi boleh menyebabkan timbulnya berbagai penyakit dan gangguan kesihatan. Seperti penyakit obesiti, tekanan darah tinggi, kanser payudara, batu ginjal, kanser pundi kencing, migrain dan arthritis. Untuk mencegah munculnya berbagai macam penyakit ini, salah satu cara yang boleh dilakukan adalah dengan minum air putih ketika perut masih kosong di pagi hari. Sebab? Manfaatnya ternyata luar biasa.


#Membuang Racun dalam Tubuh 
– Apabila kita minum air putih, sistem pencernaan badan akan berjalan lebih lancar dan semulajadi. Apabila kita minum air putih di pagi hari dalam keadaan perut kosong, maka racun-racun akan lebih cepat keluar dan tubuh terasa lebih segar. Bahkan, minum banyak air putih boleh bantu meningkatkan pengeluaran sel-sel otot dan sel-sel darah baru.

#Meningkatkan Metabolisme
 – Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu meningkatkan kadar metabolisme tubuh sehingga sekurang-kurangnya 24 peratus. Dengan peningkatan kadar metabolisme tubuh, sistem pencernaan juga akan lebih lancar. Selain itu, minum air selepas bangun pagi boleh membersihkan usus, sehingga usus jadi lebih mudah menyerap nutrisi.


#Menjaga Badan Tetap Langsing
 – Sedia maklum minum air putih di pagi hari ketika dalam keadaan perut kosong, semua racun akan dibuang dan sistem pencernaan akan jadi lebih baik. Kesannya, kita jadi tak mudah lapar dan nafsu makan lebih terkawal sehingga tubuh bisa tetap langsing

#Meredakan Gangguan Pencernaan 
– Gangguan pencernaan disebabkan oleh peningkatan kadar asid di dalam perut. Apabila kita minum air putih di pagi hari, kadar asid yang berlebihan ini akan luruh dan larut. Gangguan pencernaan pun boleh dapat diselesaikan.



#Menjaga Kesihatan Kulit 
– Dehidrasi boleh menyebabkan kemunculan kedut dan liang pori besar di kulit. Dan minum 500 ml air putih dengan keadaan perut kosong dari pagi hari boleh membantu melancarkan pengaliran darah di kulit dan membuat kulit lebih bercahaya. Ditambah lagi minum air putih sepanjang hari secara berkala boleh membantu tubuh mengeluarkan racun.

#Mengukuhkan Sistem Imun Badan 
– Minum air putih ketika perut kosong boleh bantu menjaga sistem limfa. Sehingga sistem imun badan menjadi makin kuat. Sistem imun tubuh yang kuat boleh terhindar daripada berbagai penyakit dan tak mudah jatuh sakit.

Dikuasakan oleh Blogger.