Header Ads

Ini antara 4 rahsia pengeluar air putih yang mereka tidak beritahu kepada pengguna.


Anda semua pasti pernah minum air mineral ataupun air osmosis berbalik (reverse osmosis) yang dibeli dalam botol. Tetapi anda perlu tahu 4 rahsia ini yang tidak di kongsikan oleh syarikat pengeluar air ini.

1. Mengapa kita jangan menggunakan semula botol plastik?


Botol plastic akan mengeluarkan bahan-bahan kimia yang merbahaya kepada tubuh badan. Tetapi apa yang anda perlu tahu adalah perbezaan setiap botol plastik yang digunakan.

  • Botol yang dilabelkan dengan no.1 (PET atau PETE) hanya selamat digunakan sekali sahaja. Apabila botol itu di dedahkan kepada oksigen dan suhu yang panas, termasuk bahang matahari, botol tersebut akan mengeluarkan toksik merbahaya yang akan diserap oleh air di dalam nya.
  • Elakkan daripada menggunakan botol yang dilabel 3 atau 7 (PVC atau PC) kerana ia akan mengeluarkan toksik bahaya yang akan serap masuk kedalam makanan dan minuman, dan jika terlalu kerap di dedahkan dengan toksik ini, ia akan membawa masalah kesihatan kepada anda.

Yang paling selamat adalah jika anda menggunakan botol yang di labelkan dengan no.2, 4 (polyethylene) dan 5 (PP), kerana ia paling sesuai sekali untuk di gunakan berkali-kali.

Tetapi ia hanya akan selamat jika anda simpan di tempat yang terdedah kepada panas dan anda selalu membasuh botol tersebut.

2. Kebersihan dan bakteria.


Menurut para saintis, jika anda minum melalui botol plastik, ia diibaratkan seperti anda menjilat mangkuk jamban. Oleh kerana, bilangan bakteria yang ada pada botol tersebut telah melebihi kadar bakteria yang selamat.

Mengapa? kerana kita telah menjadikan botol tersebut tempat yang paling sesuai untuk pembiakan bakteria, apabila kita memegang botol itu dengan tangan yang kotor, tidak membersihkan dengan betul dan meletakkan air panas di dalam botol tersebut.

Apa yang anda perlu buat, basuh botol tersebut menggunakan sabun atau bahan anti-bakteria. Kerana kajian telah membuktikan kebanyakan bakteria hidup di muncung botol tersebut. Cara yang paling selamat, anda boleh menggunakan straw.

3. Darimana datangnya air itu?


Kebanyakan pengeluar air osmosis berbalik ini akan meletakkan gambar air terjun atau sumber air bersih pada botolnya. Tetapi, sebenarnya air didalam botol tersebut adalah hampir sama dengan air paip di rumah anda.

Dan sebenarnya, harga produksi air itu adalah lebih murah berbanding harga jualan sebenarnya.

4. Kandungan gula.


Kebanyakan pengeluar air yang mengatakan air mereka adalah sihat dan akan memberikan anda tenaga yang berlebihan. tetapi hakikatnya air seperti itu mengandungi kandungan gula yang sama seperti air coca cola atau pepsi.

Apa-apa pun anda bacalah label yang telah di tampal pada botol itu. Lihat apakah kandungan yang sebenarnya ada di dalam air tersebut.


Dikuasakan oleh Blogger.