Header Ads

Hentikan Ketagihan Pada Telefon Pintar Dengan Satu Cara Mudah Ini


Apabila anda melakukan cara ini, pasti ramai yang akan melihat pada telefon anda dan bertanya adakah telefon tersebut rosak.

Apakah sebabnya? Ini kerana skrin telefon berwarna kelabu, tiada sebarang warna menarik atau kecerahan.

Ada sebab mengapa setiap notifikasi dalam telefon anda berwarna merah. Merah adalah warna yang merangsang keseronokan pada otak anda.

Warna merah adalah warna yang paling berkesan dalam meningkatkan tumpuan anda. Keadaan ini terbukti berkesan kerana 72 peratus pengguna telefon pintar memeriksa telefon mereka setiap jam.

Jika anda ingin mencuba "mindhack" ini atau menjadikan telefon anda monochrome, ikuti cara di bawah.


Pergi ke settings > accessibility > greyscale.

Atau anda boleh memuat turun mana-mana aplikasi monochrome.

Ia mungkin kelihatan kurang menarik, tetapi ia akan dapat mengalihkan perhatian anda kepada perkara yang lebih menarik di dunia sekeliling anda.

Dikuasakan oleh Blogger.