Header Ads

Ciptaan terbaru, topi yang mempunyai speaker yang telah dihasilkan oleh sebuah syarikat permainan video


Atari adalah sebuah syarikat yang terkenal dengan jualan permainan video Atari klasik 2600, baru baru ini mereka menunjukkan ciptaan baru, topi besbol berteknologi dengan pembesar suara bluetooth yang disekalikan di dalamnya.

Ciptaan mereka ini membolehkan pemakai mendengar muzik kegemaran mereka dengan kuat dan tidak perlu lagi gunakan earphone atau headphone.

Speakerhat telah dicipta dengan kerjasama Audiowear dan masih lagi dalam proses untuk penambahbaikan.



Dengan hanya buat sambungan guna Bluetooth pengguna boleh memakai speakerhat dimana-mana sahaja yang mereka mahu, tetapi mungkin ciri tersebut akan membuatkan orang lain berasa tidak selesa, kerana itu ianya masih lagi dalam proses penambahbaikan.

Speakerhat menggunakan bateri lithium yang boleh dicas semula dan juga mempunyai butang kawalan serta petunjuk LED.

Speaker belum tersedia secara komersial lagi, mereka sedang beri cubaan kepada 10 orang penguji untuk merasai keberkesanan dan keselesaannya.


Dikuasakan oleh Blogger.