Header Ads

Boleh tak awak buatkan dron ini lebah besar untuk bawa saya ke Mekah?


Musim haji yang tiba ini telah memanggil semua yang berkesempatan dan berkemampuan untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan rukun Islam yang ke-5. Tetapi apa yang kita tidak sedar bahawa masih ramai di antara kita yang tidak mampu untuk pergi ke sana.

Bukan kerana sakit, tetapi kerana tiada duit untuk pergi ke sana. Inilah apa yang terjadi kepada Al-Hassan Abdullah seorang penduduk di negara Ghana yang miskin. Kisah beliau ini telah menjadi viral di negara Turki kerana keinginan beliau untuk menunaikan haji di Mekah.

Di Malaysia telah viral dan terkenal dengan cerita tentang Ramadan Sinclair dan perangai buruk yang telah dilakukannya di negara matahari terbit itu. Manakala di Turki telah tergempar tentang cerita Al-Hassan Abdullah dan keinginannya untuk menunaikan haji di Mekah.

Cerita beliau bermula apabila datangnya beberapa orang TV krew yang ingin membuat beberapa shot rakaman di kampung tempat Hassan berada. Salah seorang TV krew tersebut sedang mengawal dron untuk mengambil beberapa shot dari jarak jauh.

Semasa dron tersebut sedang mendarat, Hassan telah datang dekat dan memegang dron tersebut sambil berkata kepada TV krew itu, "alangkah bagusnya jika benda ini lebih besar, boleh saya menaikinya dan membawa saya ke Arab Saudi untuk saya menunaikan haji.".

Cerita Hassan ini telah menjadi viral apabila salah seorang krew TV tersebut menceritakan di dalam Twitter. Apa yang lebih menarik, cerita ini telah sampai ke Menteri Hal Ehwal Luar Negara Turki iaitu Mevlüt Çavuşoğlu.


Apabila menteri Turki ini mendengar cerita Al-Hassan, beliau telah mengambil tindakan untuk mengaturkan perjalanan Al-Hassan ke Mekah dan telah membiayai segala perbelanjaan Al-Hassan untuk ke sana.

Al-Hassan telah tiba di Istanbul pada jumaat lepas dan telah di sambut baik oleh badan kebajikan Turki. Al-Hassan memberitahu bahawa, "Saya rasa teramat bersyukur kepada Allah, dan saya mendoakan untuk semua saudara-saudara saya turut bersama dapat pergi menunaikan haji."

Katanya lagi " Sokongan dari negara Turki ini sangat berharga bagi saya dan saya percaya tindakan ini akan memperbaharui semangat persaudaraan sesama Islam kita."

Cihad Gökdemir, naib pengerusi badan kebajikan negara Turki telah menyambut Al-Hassan sendiri di lapangan terbang dan beliau telah berkata kepada ahli media "Ramai orang telah berusaha untuk mencari dan berkomunikasi dengan Al-Hassan, daripada orang businessman hinggalah kepada syarikat-syarikat besar."

Katanya lagi " Akhirnya, seorang pegawai polis Turki telah berjaya berkomunikasi dengan Al-Hassan melalui kedutaan Ghana. Saya amat berbangga dengan rakyat Turki." jawab Cihad Gökdemir.

Menarik bukan cerita Al-Hassan Abdullah ini. Hanya kerana sebiji dron, kenyataan beliau yang agak pelik, dan keinginan beliau untuk menunaikan haji telah menarik perhatian rakyat Turki. Tetapi di Malaysia, tidak perlu lah membuat tahi dinegara orang. Bercuti sampai Jepun boleh, takkan menunaikan haji tidak boleh. Fikir-fikirkan lah.
Dikuasakan oleh Blogger.