Header Ads

Bangkitkan Mood Kerja Anda Melalui 7 Aura Warna Mengikut Hari


Tahukah anda setiap hari memiliki warna aura harian tersendiri? Berdasarkan The Law Of Repetation Cronology (Hukum Ulangan Kronologi) yang merupakan cabang ilmu keseimbangan diri dan alam, hari yang datang secara berulang-ulang membawa bersama suatu getaran cahaya visual yang mendominasi hari tersebut.

Setiap hari mempunyai dominasi getaran warna yang berbeza. Ia berulang kerana menyamai satu pusingan lengkap yang memakan 7 fasa masa kejadian alam. Penggunaan warna yang tepat memberi perbezaan yang berbeza disebabkan setiap warna mempunyai peranannya.

Apakah kaitan warna dalam tingkatkan mood bekerja bagi wanita?

Perubahan mood dan emosi seringkali dialami oleh perempuan. Biasanya terjadi ketika anda menghadapi tugas baru tidak kira sama ada dalam kerjaya mahupun keluarga.

Maka, gunakanlah warna-warna berikut ini dalam kehidupan anda sehari-hari untuk mendatangkan suasana hari yang lebih baik.

Anda boleh mempratiskan penggunaan warna ini dalam pakaian, aksesori, barang-barang, perabot, atau mengecat dinding di rumah.

1 – Isnin = Putih

Warna putih adalah lambang bagi kemurniaan dan kesucian. Memakai baju berwarna putih ketika sedang stress boleh membuatkan anda lebih tenang dan rileks dalam menghadapi masalah. Malah, Isnin adalah hari yang paling sesuai untuk selesaikan segala masalah yang tertunggak kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen.

2 – Selasa = Ungu Atau Merah Jambu

Dua warna ini merupakan warna kasih sayang. Andai mahu memujuk anak yang merengek atau meminta hadiah daripada suami, kuasa pujukan akan bertambah kuat apabila anda berpakaian ungu atau merah jambu. Kerana itu warna ini lebih sesuai untuk bilik tidur.

3 – Rabu = Biru

Warna biru sangat dominan dengan alam. Sebagai contoh, laut dan langit. Jika kerjaya anda memerlukan daya fokus dan kreativiti, dinding atau perabut biru membantu anda untuk fokus dan stabil secara emosional.

Memakai biru pada hari Rabu juga membuatkan anda kelihatan dominan semasa sesi berucap dan bermesyuarat.

4 – Khamis = Kuning Atau Oren

Penggunaan warna kuning atau oren dapat meningkatkan bekalan oksigen ke otak dan meningkatkan energy untuk melakukan sebarang aktiviti bekerja.

Warna ini sering dilihat pada awal hari iaitu matahari terbit, tanda bagi suatu fasa baru dalam hidup. Memakai pakaian kuning atau oren saat pergi bekerja dapat menghalau rasa malas dan menceriakan hari.

5 – Jumaat = Hijau

Pasanglah gambar pokok, sawah atau pemandangan gunung pada desktop jika anda cenderung bekerja di depan komputer dalam waktu yang lama. Selain dapat meningkatkan produktiviti, warna hijau menyejukkan dan mengurangi ketegangan mata.

Anda akan merasa relaks ketika memakai warna hijau pada hari Jumaat yang menjadi hari yang paling sesuai untuk menjalankan senaman pernafasan, bersenam dan beriadah di taman bunga.

6 – Sabtu = Merah

Bagi yang ingin tampil berani dan perlindungan, warna merah pada hari Sabtu dapat menanam keyakinan diri. Warna merah dan hari Sabtu sangat serasi kerana ia masa yang sesuai untuk bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara-mara disamping menjalankan aktiviti lasak dan sebagainya.

7 – Ahad = Hitam

Menurut Neiman Marcus, ‘women who wear black lead a colorful life’. Pakaian berwarna hitam akan membuat anda lebih aman dan merasa bebas dari kongkongan terutama pada hari Ahad yang dikatakan hari beristirehat bersama keluarga.

Dikuasakan oleh Blogger.