Header Ads

Bahagian Tubuh Anda Timbul Jerawat, Ketahui 6 Punca Serta Cara Mencegahnya


Rupanya jerawat yang timbul di mana-mana bahagian tubuh merupakan paparan tahap kesihatan anda. Asasnya, kulit anda sebenarnya menunjukkan apa yang berlaku dalam badan anda.

Kerana jerawat yang timbul tidak berlaku secara rawak atau sengaja. Jerawat boleh menyatakan mesej yang cukup jelas mengenai kesihatan dan kebersihan anda mengikut Pakar Doktor Kulit, Pengarah Kosmetik dan Penyelidikan Klinikal di Jabatan Dermatologi di Mt. Hospital Sinai New York City, Joshua Zeichner.

Ikuti panduan ini untuk fahami apakah maksud jerawat anda dan ketahui bagaimana untuk mengelakkannya :

1. Jerawat Di Dagu, Rahang, Atau Leher

Paparan Kesihatan : Hormon anda seperti testosteron kurang stabil sepanjang kitaran haid dan kalenjar menghasilkan lebih banyak minyak yang akhirnya menyumbat liang dan timbul jerawat.

Cara Mencegah : Jika anda kerap guna pembersih dengan bahan seperti benzoyl peroksida atau asid salisilik, mohon elak rawatan yang guna bahan yang sama.

Jika anda dapat jerawat yang teruk pada masa yang sama setiap bulan, anda perlu jumpa doktor kulit untuk rawatan pil kawalan atau terapi hormon yang boleh kawal tahap hormon keluar mendadak yang menyebabkan jerawat.

2. Jerawat Di Hidung Dan Dahi

Paparan Kesihatan : Anda sebenarnya tertekan. Tekanan merupakan pencetus jerawat zon T. Apabila stress, badan anda mengeluarkan adrenalin yang meningkatkan pengeluaran minyak seterusnya jerawat.

Cara Mencegah : Lindungi zon T dengan mengurangkan perkara yang menyebabkan anda stress dengan mudah. Sekali-kala rawat zon T melalui bahan sejuk seperti timun.

3. Jerawat Di Sepanjang Garis Rambut Anda

Paparan Kesihatan : Liang pori kepala anda tersumbat. Bila anda guna produk rambut di bahagian anggota badan yang lain dan kemudian sentuh garis rambut anda, anda akan hadapi risiko timbulnya jerawat pada bahagian tersebut.

Cara Mencegah : Elak aplikasi produk berdekatan dahi dan pastikan anda cuci tangan selepas gunakan produk rambut. Jika jerawat anda menjadi satu masalah yang serius, gunakan toner setiap hari di sekitar garis rambut untuk bantuan tambahan.

4. Jerawat Di Bahagian Pipi

Paparan Kesihatan : Memiliki tangan yang kotor dan sering menyentuh pipi. Hal ini boleh memindahkan liang tersumbat kotoran atau bakteria kulit tangan kepada wajah anda.

Cara Mencegah : Bersihkan tangan dan jauhkan tangan anda untuk menyentuh muka secara kerap.

5. Jerawat Sekitar Mulut

Paparan Kesihatan : Diet pemakanan anda tidak sihat. Bahan pencemar daripada makanan berasid (lemon dan cuka) yang diambil secara kerap menyebabkan keradangan kulit. Manakala sisa-sisa berminyak makanan goreng secara fizikal boleh menyekat liang wajah.

Cara Mencegah : Gunakan lap muka yang bersih untuk membuang kotoran makanan di sekeliling mulut selepas anda makan.

6. Jerawat Di Dada Dan Belakang

Paparan Kesihatan : Penggunaan jenis kain baju T-shirt yang salah. Apabila anda berpeluh disebabkan melakukan pelbagai kerja rumah atau bersukan, kain kapas mudah menyerap peluh dan melekat dengan kulit badan anda. Bakteria jerawat hidup subur di tempat-tempat yang lembab.

Cara Mencegah : Pakai kain yang diperbuat daripada campuran poliester-spandeks dan microfiber apabila anda melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh.

Namun jika anda memiliki kulit sensitif terutamanya atau semua gagal setelah melakukan saranan di atas, maka apa yang boleh anda lakukan adalah berjumpa dengan pakar kulit untuk mengetahui rawatan yang tepat bagi kesihatan dan kecantikan diri anda.
Dikuasakan oleh Blogger.