Header Ads

Anda risau daya ingatan anda berkurang kerana umur meningkat. Ikuti 4 latihan mudah ini!


Senaman badan akan membuatkan anda mendapat bentuk tubuh yang lebih mantap dan sihat. Tetapi anda akan mula rasa lain apabila umur anda makin meningkat, seperti kekuatan yang semakin hilang, stamina yang berkurangan dan sebagainya.

Apa yang kami ingin beritahu adalah, minda anda juga akan melalui kesan yang sama apabila umur anda semakin meningkat.

Jadi kami ingin memberikan anda 4 latihan mudah untuk mengekalkan daya ingatan dan fungsi kognitif anda supaya minda anda tidak mudah di mamah usia.

1. Tulisan berwarna.


Anda pasti pernah melihat carta ini, latihan nya amat mudah.

Anda hanya perlu menyebutkan warna tulisan tersebut, bermula daripada atas kiri. Apabila anda sudah habis menyebutkan kesemuanya hingga terakhir. Ulang semula daripada bawah kanan dengan cara yang sama.

Hasil : Ia akan membantu anda untuk menghindari daripada penyakit Alzheimer. Kerana ia akan menghubungkan kedua-dua otak kiri dan kanan, malah memperbaikkan daya tumpuan.

2. Carta Schulte



Apa anda perlu buat, tumpukan perhatian kepada nombor 19 di tengah-tengah carta ini. Anda hanya perlu mencari nombor 1 sehingga anda bertemu semula dengan nombor 19 di tengah. Lebih mudah jika anda mencari dengan urutan menaik.

Anda juga boleh membuat carta Schulte ini dengan sendiri, tetapi ingat, anda perlu menyusun semua nombor didalam carta ini secara rawak. Kalau anda malas nak mambuat carta, carilah di dlama internet tentang carta ini.

Hasil : Meningkatkan daya penerimaan dan memproses terhadap sesuatu maklumat. Malah ian juga kanan menambah kelajuan penglihatan periferal anda.

3. Bentuk tangan



Anda pasti pernah mencuba perkara ini. Tangan kanan anda perlu membuat lambang "peace" manakala tangan kiri anda membuat lambang "OK". Kemudian anda hanya perlu menukar gaya tangan ini antara tangan kiri dan kanan. Teruskan hingga anda rasa serasi dengan penukaran tersebut.

Lagi seronok jika anda membuat latihan ini dengan rakan-rakan anda.

Hasil : Melatih daya tumpuan dan meningkatkan daya penerimaan antara 2 tugas dalam masa yang singkat.

4. Tulisan seiring bimanual.



Untuk latihan ini, anda hanya perlukan 2 keping kertas untuk menulis dan alat tulis. Latihannya mudah, anda bermula dengan melukis bentuk-bentuk geometri seperti kotat, tiga segi, bulat dan sebagainya. Menggunakan kedua-dua tangan anda dengan serentak.

Anda juga boleh menulis apa-apa ayat sahaja, yang penting kedua-dua tangan anda bergerak seiring dan serentak.

Hasil : Menyusun atur tulisan dengan melatih otak anda secara serentak. Ia akan membuatkan anda lebih "multi tasking", dan menjana daya aktiviti antara kedua-dua otak anda.
Dikuasakan oleh Blogger.