Header Ads

Adakah pasangan anda sedang menipu di dalam perhubungan? Ketahuilah mengapa mereka menipu anda.


Apa yang anda akan rasa apabila ada di tipu oleh pasangan anda, dimana si dia ada orang lain dan anda sebenarnya berkongsi kasih. Sudah tentu anda akan rasa marah dan sakit hati terhapad pasangan anda. Semua orang tidak suka apabila di duakan, apa lagi bicara tentang poligami, pasti ramai yang tidak suka.

Tetapi apa yang anda perlu tahu adalah, sains telah membuktikan bahawa jika anda seorang penipu, anda akan sentiasa menipu. Ada petikan English yang ramai orang ketahui iaitu, "once a cheater, always a cheater!".

Sebenarnya petikan itu tidak salah, dan sains telah membuktikannya. Satu ujikaji telah di lakukan kepada 484 peserta lelaki dan perempuan untuk mereka berceritakan tentang hubungan mereka bersama kekasih mereka. Apa yang dapat di rumuskan daripada hasil penceritaan mereka itu amat mengejutkan.



1. Bagi mereka yang pernah menipu hubungan dengan kekasih mereka yang pertama "first love", adalah 3 kali lebih cenderung untuk menipu lagi bagi hubungan mereka yang kedua dan seterusnya.

2. Bagi mereka yang pernah ditipu oleh kekasih mereka yang pertama. Adalah 2 kali lebih cenderung untuk di tipu lagi oleh kekasih mereka yang kedua dan seterusnya.

3. Perasaan syak wasangka amat sukar untuk di abaikan bagi mereka yang pernah di tipu oleh kekasih mereka yang pertama. Kerana ia akan menjadi 4 kali ganda syak wasangka itu akan datang kembali bagi kekasih mereka yang kedua dan seterusnya.

Mengapa ini terjadi? Jawapannya, apabila kita mula menipu, otak kita akan mula rasa biasa untuk teruskan menipu. Dimana apabila kita mula menipu, emosi negatif akan mula terbina, dan otak akan menggalakkan lagi untuk teruskan menipu hasil daripada emosi negatif tersebut.

Dalam erti kata lain, pada mulanya kita hanya menipu tentang perkara yang kecil, akhirnya kita akan cuba untuk buat penipuan yang lebih besar untuk menutup penipuan yang pertama.


Jadi apa yang menjadi isu disini adalah, kadangkala ada orang di luar sana yang sudah terbiasa menipu di dalam perhubungan, dan mereka tidak sedar bahawa mereka sedang menipu, sehingga kebenaran di tunjukkan di hadapan mereka.

Akhir sekali, bagaimana untuk anda elakkan daripada menipu kepada pasangan anda. Mulalah berkata-kata jujur kepasa pasangan anda. Kerana jika kebenaran sudah muncul di depan mata, anda akan cuba untuk berikan penipuan yang lebih besar untuk menutup kesalahan anda.

Dikuasakan oleh Blogger.