Header Ads

6 Trend Lelaki Muda Berbelanja Dan Beberapa Panduan Menarik Untuk Bijak Berbelanja


Sifat suka membeli-belah ternyata satu perkara yang subjektif dan tidak boleh dilabelkan sama ada positif mahupun negatif. Memandangkan sifat semula jadi antara lelaki dan wanita berbeza, tabiat membeli-belah mereka juga berlainan.

Ia bergantung kepada budaya, tempat tinggal, peringkat umur dan minat terhadap aktiviti membeli-belah itu sendiri.Tanpa kita sedari, sebenarnya lelaki juga mempunyai tabiat berbelanja tersendiri biarpun mereka kurang menunjukkan sikap suka membeli-belah depan pasangan.

Terdapat beberapa trend lelaki masa kini berbelanja terutama generasi muda.

Antaranya:

#1
Mahal. Ramai antara kita tidak menyedari sebenarnya barangan lelaki jauh lebih mahal daripada wanita. Biarpun jika dilihat baju mereka mempunyai rekaan, warna atau potongan yang sama, ia lebih mahal daripada koleksi dimiliki wanita.

Selain itu, barangan penjagaan lelaki juga dikatakan lebih mahal daripada wanita. Justeru, tidak hairanlah lelaki mengeluarkan belanja yang besar untuk perbelanjaan mereka.

#2
Pilihan terhad. Rangkaian pilihan pakaian atau barangan lelaki sangat terhad dan tidak serancak wanita. Justeru, mereka tiada pilihan lain untuk membeli barangan yang digemari biarpun harga yang mahal disebabkan tidak mempunyai pilihan yang banyak.

Lelaki mempunyai kriteria tertentu ketika membeli barang. Misalnya, mereka mencari barangan yang selesa, berkualiti dan tahan lama.

Justeru, barangan lelaki berharga lebih tinggi berbanding produk untuk wanita. Berdasarkan kriteria ini jugalah lelaki tidak kerap membeli-belah berbanding wanita.

Namun, bukan semua lelaki sama dan ada juga yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai hobi waktu lapang biarpun peratusannya sangat kecil.

#3
Kurang menarik. Disebabkan barangan lelaki seperti pakaian kurang menarik menyebabkan mereka tidak suka membeli. Namun, sikap suka membeli beralih arah kepada gajet terkini seperti telefon bimbit, permainan video dan lebih ketara ialah kereta.

#4
Perancangan. Merancang pembelian semasa membeli antara langkah bijak bagi mengelakkan pembaziran. Ini dapat dilihat bagi sesetengah lelaki yang lebih gemar merancang barangan ingin dibeli terlebih dulu sebelum berkunjung ke butik ataupun kedai.

Ini menjadikan mereka lebih fokus ketika membeli-belah dan disebabkan itu masa yang diperuntukkan untuk membeli juga tidak terlalu lama.

Kajian terkini yang ditulis di laman mashable.com mendapati lebih 37 peratus pembeli lelaki menyemak laman sosial media ataupun Internet terlebih dulu bagi mendapatkan maklumat harga dan yang berkaitan sebelum membeli.

#5
Ego ketika membeli-belah. Lelaki memang terkenal dengan sifat ego mereka dan akan menguasai diri dalam setiap aspek. Ketika membeli-belah, kurang daripada mereka akan terpedaya dengan kelebihan produk yang diperkenalkan oleh jurujual sebaliknya lebih senang untuk terus beredar pergi.

#6
Tidak cerewet memilih barang kerana mereka mempunyai tujuan pembelian produk yang diinginkan. Kebiasaannya, barangan yang dibeli perlu tahan lama biarpun harganya lebih mahal.

Setiap orang mempunyai sebab tersendiri ke atas sesuatu pembelian barangan sama ada keperluan atau kehendak. Justeru, sentiasalah mementingkan keperluan daripada kehendak agar barangan yang dibeli memberi manfaat kepada diri dan insan tersayang.

Beberapa panduan menarik untuk bijak berbelanja.

1.Jangan mudah terpengaruh dengan iklan dan maklumat yang keliru.

2. Elakan penggunaan kad kedit kerana anda akan cenderung untuk berbelanja lebih dan bersikap boros. Sebaiknya, bawalah wang tunai yang cukup ketika membeli.

3. Beli barangan secara pukal kerana ia lebih murah berbanding dalam kuantiti yang sedikit.

4. Buatlah belanjawan sebelum membeli-belah.

5. Bandingkan antara keperluan ataupun kehendak. Keperluan harus didahulukan berbanding kehendak.

6. Berjimat cermat amalan mulia, bertabunglah walaupun 10 sen.

7. Ketika membeli-belah di pasar raya, pilihlah bakul berbanding troli untuk mengisi barang kerana hal ini akan membantu anda untuk bersederhana ketika berbelanja.

8. Lihat katalog barangan sebelum membeli-belah. Beli barangan yang ada promosi kerana ia akan membantu kita untuk berjimat.

9. Jangan terpedaya dengan peraduan gores dan menang. Pengguna yang bijak perlu bertindak secara rasional.

10. Masak di rumah lebih jimat berbanding makan di luar.

11. Gunakan beg kitar semula semasa membeli-belah. Penggunaan beg plastik mencemarkan alam sekitar.

12. Pastikan logo halal pada barangan adalah yang dikeluarkan oleh Jakim. Jangan mudah tertipu dengan logo halal palsu.

13. Beli barangan buatan Malaysia.

14. Semak resit pembelian dan jumlah barangan yang dibeli selepas selesai membuat bayaran.

15. Beli makanan yang mengandungi nutrisi tinggi dan elakan makanan ringan.

16. Pilih buah-buahan tempatan kerana terdapat pelbagai pilihan mengikut musim.

17. Sentiasa membuat perbandingan harga barangan dengan kualiti serta kuantitinya.

18. Jangan mudah terpedaya dengan barangan berserta promosi hadiah. Kadangkala harga barangan tanpa hadiah lebih murah dan berbaloi.

19. Periksa keadaan barang sebelum membeli. Lihat keadaan fizikalnya dan periksa kuantiti supaya cukup seperti maklumat dalam label.

Periksa juga tarikh luput barangan yang ingin dibeli.

20. Jika membeli-belah secara dalam talian, pastikan kesahihan pembekal dan berhati-hati apabila melakukan transaksi wang.

21. Jika melakukan transaksi wang dalam talian, pastikan kata laluan sentiasa dilindungi untuk mengelak sistem digodam.

22. Pastikan label harga tertera pada barangan.

23. Jangan mudah tertipu dengan jualan murah. Bandingkan harga sebelum dan selepas membeli.

24. Dapatkan bantuan jurujual jika perlukan maklumat tambahan mengenai barangan yang hendak dibeli.



Dikuasakan oleh Blogger.