Header Ads

5 gambar misteri yang telah mempunyai penjelasannya yang anda tidak tahu.


Zaman alaf baru yang penuh dengan kemudahan teknologi, membuatkan kita sukar untuk menentukan samada gambar atau perkara yang kita lihat itu adalah benar ataupun penipuan. Sesiapa sahaja yang mempunyai kehebatan menggunakan photoshop boleh menghasilkan pelbagai gambar yang penuh penipuan.

Tetapi, ada setengah gambar yang terkenal dan masih belum lagi dapat di bongkarkan misterinya. Mungkin ada di antara gambar di bawah ini anda pernah melihatnya. Ada setengah daripada gambar ini telah dibongkarkan rahsianya, dan ada yang tidak.

1. Misteri Satelit Satria Hitam
unexplained photos

"Lagenda mengatakan satria hitam yang misteri ini telah mengelilingi orbit bumi di mana spekulasi mengatakan ia telah berlaku sejak 13 000 tahun lalu lagi. Kehadiran satria hitam ini hanya di ketahui oleh beberapa orang di dunia."

"Tiada siapa yang tahu tentang kehadiran satria hitam ini, dari mana ia datang dan mengapa ia mengelilingi orbit bumi. Kerana pencapaian manusia bermula dari 60 tahun lepas untuk menghantar seseorang ke angkasa lepas., maka tiada penjelasan yang jelas tentang kehadiran objek ini."

Penjelasan yang paling hampir:

Setengah orang berpendapat bahawa mungkin ia adalah serpihan dari EVA (Extra Vehicular activity) atau hanyalah serpihan angkasa lepas.

2. Misteri pembunuhan Hinterkaifeck
unexplained photos

Pada tahun 1922 di Jerman, kejadian pembunuhan seramai 6 orang di bangsal Hinterkaifek telah memberi kejutan kepada negara itu. Apa yang membuatkan ia pelik adalah kerana, walaupun pihak berkuasa telah menyiasat seramai 100 orang suspek, tetapi tiada satu pun yang di tangkap.

Tiada motif yang paling berkait dengan kes pembunuhan ini. Ia di percayai pembunuh itu telah menetap di kawasan bangsal itu selama beberapa hari. Gambar di atas menunjukkan mayat yang terbunuh di dalam kes tersebut.

Penjelasan yang paling hampir.

Kes pembunuhan ini masih lagi tidak dapat di selesaikan sehingga kini. Tetapi gambar yang di ambil di atas adalah gambar asli hasil dari pembunuhan tersebut.

3. Misteri badan yang terjatuh.
creepy pictures

Keluarga Cooper baru sahaja berpindah masuk ke rumah baru mereka di Texas. Mereka bercadang untuk mengambil gambar keluarga mereka di rumah baru.

Tetapi apa yang mengejutkan, gambar yang di ambil mereka itu kelihat ada seseorang yang terjatuh dari siling rumah baru mereka.

Penjelasan yang paling hampir.

Gambar sebegini biasa berlaku pada tahun 50'an, kerana mereka selalu mengunakan filem yang sama kerana harga sekeping filem amat mahal pada ketika itu. Kemungkinan gambar di atas ini adalah hasil daripada gambar yang berlapis.

4. Misteri Ibu jari.
unexplained5

Sekumpulan kanak-kanak telah mengambil gambar bersama. tetapi apa yang peliknya adalah kehadiran ibu jari yang bukan kepunyaan sesiapa di dalam gambar tersebut.

Penjelasan paling hampir

Kemungkinan ada kawan mereka yang kelima, yang mungkin terlindung oleh rakan mereka yang lebih tinggi. Ataupun gambar ini telah di-edit dengan photoshop.

5. Misteri si Pengembara Masa
unexplained8

Pasti ramai yang pernah melihat gambar ini. Gambar ini menunjukkan bahawa ada seorang lelaki yang pakaian nya agak berbeza daripada orang lain di dalam gambar ini. Di percayai gambar ini di ambil pada tahun 1941 semsa pembukaan semula jambatan South Forks di Kanada.

Penjelasan yang paling hampir

Walaupun lelaki tersebut nampak pengembara masa kerana pakaian dan kamera beliau berbeza daripada orang lain. Sebenarnya tidak, apa yang di pakai termasuk kamera beliau adalah dari zaman 1940'an

Kacamata bersama pelindung sisi.
timetravelerglasses

Kodak telah mengeluarkan kamera mudah alih seperti ini pada tahun 1940'an.

Beliau memakai baju t-shirt Montreal Maroons. Kumpulan hoki yang bermain di NHL pada tahun 1924 sehingga 1938.

timetravelermontreal
Dikuasakan oleh Blogger.