Header Ads

17 barangan ciptaan negara Jepun yang pelik tetapi berguna untuk manusia.


Dalam zaman teknologi masa kini, setiap hari pasti akan ada terciptanya satu mesin yang baru. Ada antara mesin-mesin ini dapat memudahkan kerja seharian manusia dan ada yang menyusahkan.

Jadi apa yang kami ingin kongsikan bersama anda adalah, beberapa mesin yang pelik tetapi cerdik ciptaan dari negara Jepun .

1.Mangkuk separuh.

Mangkuk ini dicipta separuh sahaja, dan dilekatkan bersamanya adalah cermin. Pabila anda meletakkan makanan di dalam mangkuk ini, ia akan memberikan gambaran ilusi di mana anda akan nampak seperti mangkuk itu berisi makanan yang penuh.

Mangkuk ini sangat sesuai di gunakan unutk mereka-mereka yang nak diet.

2. Orang penutup cawan.

Patung putih yang kecil ini di buat seperti gambar manusia yang membongkok di tepi banggunan. Gunanya, adalah untuk memastikan penutup cawan maggie anda tertutup rapat.

Apabila patung ini terkena suhu yang panas, ia akan menukar warna kepada biru. Jika seluruh badannya bertukar biru, ia akan jatuh dari cawan dan penutup cawan akan terbuka. Menandakan, isi di dalam cawan itu tidak lagi panas.

3. Bubble wrap keychain.

Apabila anda buka kotak barangan elektronik yang baru di beli, anda akan jumpa bubble wrap yang selalu kita letup-letupkan, sebab kita suka tekan buih-buih angin di dalam itu (kenapa kita suka pun kami tak tahu?)

Keychain ini akan memberikan sensasi yang sama dengan bubble wrap plastik, bezanya, ia tidak akan pernah habis. Jadi picit lah sampai anda puas hati.

4. Seluar napkin.

Selalu kita nampak, ada antara kita yang suka membawa napkin atau kain kecil dan simpan di dalam poket seluar.

Mereka telah mencipta seluar di mana ada kain napkin yang memang di jahit sekali di luar seluar. Jadi jika anda suka lap tangan pada seluar, anda boleh lap di kawasan napkin tersebut.

Kalau ada membe yang hidungnya meleleh hingus,anda boleh menyuruh mereka untuk lap hidung mereka pada napkin seluar anda. Kalau rasa dendam, anda bagi lah kentut satu das masa membe korang sedang lap hidung.

5.Mesin menjadikan hidung lebih mancung.

Kalau ada kawan-kawan yang hidung kemek, boleh lah menggunakan mesin ini. Mesin ini akan membantu untuk membentuk hidung. Dengan syarat kene selalu pakai.

6. Kasut penghawa dingin.

Konsep yang sama seperti kipas laptop. Selalunya kasut-kasut rekaan masakini semuanya ada sistem pengudaraannya yang tersendiri, supaya kaki anda tidak panas dan berbau.

Tetapi orang Jepun telah membuat kasut yang lebih maju, siap ada kipas sekali. Kaki akan akan kekal sejuk setiap masa.

7.  Gam mentega

Selalu kalau anda nak sapu mentega pada roti, anda akan menggunakan pisau atau sudu untuk sapu. kami tak pernahg lagilah nampak orang sapu mentega pada roti guna lidah.

Mentega yang di simpan dalam tiub seperti gam ini akan memudahkan anda untuk sapu di permukaan roti. Tak payah guna pisau atau sudu. Cuma anda perlu berhati-hati jangan sampai tertukar dengan gam betul lah.

8. Topi tidur di dalam keretapi.

Kalau anda suka tidur dalam keretapi, topi ini sangat berguna. Tak adalah anda tersengguk-sengguk masa tertidur dalam keretapi.

9. Tangan pemotong.

Kalau anda takut nak menggunakan pisau untuk memotong, anda boleh lah dapatkan tangan gantian ini. Sekurang-kurang nya selamat lah tangan anda kalau anda tersalah potong.

10. Bantal serap bunyi.

Anda suka tengok tv sambil baring dan kadang-kadang anda terpaksa kuatkan volume tv sebab telinga anda sudah tenggelam pada bantal dan kurang dengar bunyi tv.

Boleh lah gunakan bantal ini, takde lah jiran sebelah nak marah-marah sebab pasang tv kuat sangat.

11.Tali leher payung.

Ini barulah sediakan payung sebelum hujan.

12. Tisu sedia diguna.

Yang ini kami no comment. Tengok pun dah pelik.

13. Lanjutan ibu jari.

Sangat sesuai di gunakan pabila anda bermain dengan telefon pintar anda. Kerana ibu jari lanjutan ini menyerupai ibu jari yang sebenar, dan anda akan rasa perbezaan pabila menggunakan ia bersama telefon pintar anda.

14. Batang menekan ctrl+alt+del

Kalau tangan anda kecil, dan tak sampai nak menekan ketiga-tiga butang ini serentak. Boleh la beli batang ini.

15. Kasut fleksibel.

Tak perlu anda susah-susah nak cari size kasut yang sesuai. Anda boleh renggang kan kasut ini untuk muatkan kaki anda.

16. Kerusi keretapi mudah alih.

Tak payah berdiri lama dalam keretapi. Anda boleh duduk celah-celah orang. Senang.!

17. T-shirt baju panduan garu-garu

Anda selalu gatal di bahagian belakang badan, Selalu mintak tolong membe garukan belakang badan anda. Beli lah baju ini.


Dikuasakan oleh Blogger.