Header Ads

10 Perkara Seorang Kawan Baik Akan Buat Untuk Kawannya


Semasa  masih muda, kita seakan-akan tidak kekurangan "sahabat" atau "kawan baik".. Namun, apabila dewasa, cara  persahabatan kita semakin berubah. Memiliki atau menjadi rakan terbaik tidak lagi mudah seperti melabelkan seseorang itu sebagai  BFF kita  dan begitulah sebaliknya.



Disini 10 cara untuk mendapatkan sahabat dan menjadi temannya yang terbaik:

1. Menjadi tempat sokongan emosi. Ini mungkin elemen paling penting dalam persahabatan orang dewasa. Rakan-rakan yang terbaik akan menahan diri daripada mengkritik antara satu sama lain dan cenderung untuk tidak bersuara.

2. Kawan yang terbaik akan mendengar apa yang dikatakan kepadanya , dan memberi respond dengan baik, bukannya bertindakbalas negatif dengan apa yang dikatakan. Keupayaan untuk mendengar apa yang dikatakan oleh orang lain adalah salah satu bahagian persahabatan yang terbaik.


3. Kawan-kawan yang terbaik pergi keluar  dengan orang yang mereka ambil peduli, mungkin mereka berasa sangat bagus melakukan aktiviti bersama seperti keluar minum di kedai mamak. Kamu boleh mengenali siapa sahabat baik kamu apabila kamu memerlukan pertolongan atau sebarang bantuan semasa beraktiviti bersama-sama.

4. Mengambil berat adalah satu perkara yang akan menguatkan satu persahabatan. Dapat melihat keperluan orang lain dan melakukan apa yang kamu mampu untuk memenuhi keperluan tersebut-akan mengeratkan perhubungan itu. Rakan yang baik akan melakukan perkara-perkara yang tidak difikirkan oleh orang lain.

5. Kebolehpercayaan. Apabila kamu tahu kamu boleh menghubungi kawan baik kamu itu untuk menyelamatkan kamu dari jalan yang sesak, 24 jam sehari, 7 hari seminggu, ia membuat kamu merasa lebih baik dan meningkatkan keyakinan kamun terhadapnya secara keseluruhan


6. Rakan baik menerima kamu seadanya dan semua kelemahan kamu. Mereka tidak mengharapkan kesempurnaan. Apabila kamu tidak berada pada tahap yang terbaik, mereka memahami dan bukannya mengkritik. Sekiranya kamu mengalami hari yang teruk, seseorang yang mengambil berat tentang kamu akan bertanya sama ada mereka boleh membantu atau jika mereka perlu membiarkan kamu bersendirian jika itu yang diperlukan.

7. Persahabatan yang terbaik sememangnya bersifat terapiutik,walaupun kawan baik tidak sama dengan teman minum di kedai.

8. Persahatan yang kuat bermaksud kamu berdua, yang menolong antara samu sama lain untuk meneruskan kehidupan. Kawan baik kamu adalah bersifat seperti cermin kepada kamu, yang menggambarkan siapa kamu.

9. Mungkin agak sukar bagi sesetengah orang untuk menangis seorang diri. Sesetengah dari kita memerlukan bahu untuk bersandar dan menangis, jadi mempunyai seorang kawan sebagai bahu menangis pastilah amat melegakan. Apabila menghadapi kesukaran, adanya seseorang yang membantu melegakan perasaaan.


10. Rakan yang baik akan menyokong di belakang kamu. Mengetahui kamu boleh mempercayai orang lain dengan keaadaan kamu  membolehkan kamu berdua meneroka dan menikmati lebih banyak perkara baru berbanding semasa seorang diri.

Ianya suatu yang pasti bahawa kawan baik sebenarnya akan membantu menarik kamu ke atas dan bukannya menolak kamu makin ke bawah. Kamu hendaklah sanggup dan bersedia untuk memberi sebanyak yang mungkin kamu ingin dapatkan. Tetapi kita tidak tahu siapa yang berfikiran bahawa persahabatan yang baik sebenarnya tidak berbaloi. Kerana ia pastinya berbaloi jika bukan sekarang tentu di lain masa, dan jika bukan untuk seorang pastinya untuk ramai orang.

sumber: psychologytoday
Dikuasakan oleh Blogger.