Header Ads

Wanita Ini Menawarkan Perkhidmatan Secara Online Teknik Menggoda Lelaki Kaya


Seorang wanita yang mendakwa pernah berpacaran dengan 5000 lelaki kaya kini membuka kelas secara dalam talian bagi mengajar wanita cara-cara untuk menggoda lelaki kaya.

Praiya Suriya, 24 terkenal Dilaman Facebook kerana sering menonjolkan gaya hidup mewah serta selalu memberi nasihat atau tips mengenai hubungan dengan lelaki. Beliau turut dikenali dengan panggilan 'Madam Raya' yang mana beliau mendakwa dirinya adalah pakar menggoda terutama lelaki warga asing dan sudah berpacaran dengan 5000 lelaki kaya.

Madam Raya baru-baru ini menawarkan kelas berbayar secara dalam talian dengan memberi jaminan membantu pelajarnya menggoda lelaki kaya idaman mereka. Madam Raya juga bakal mendedahkan rahsia bagaimana mendapatkan wang dan hadiah mewah daripada lelaki kaya yang digoda.

Madam Raya menawarkan beberapa kelas dengan bayaran tertentu dan yang paling mahal dikenali sebagai program VIP. Yuran untuk mnyertai program VIP adalah 14000 baht (RM1766) dan pelajar secara automatic boleh menyertai kelab eksklusif Madam Raya.

Pelajar yang mengambil program itu bakal dilatih secara terperinci mengenai bagaimana mahu menggoda lelaki kaya dan mendapatkan wang daripada mereka. Madam Raya juga berjanji untuk mengaturkan pertemuan antsara pelajar program itu dengan lelaki Kaukasia kaya atau dari timur tengah.

Walaupun tawaran Madam Raya itu mencetuskan kecaman dari pengguna Facebook kerana dianggap menggalakkan pelacuran tetapi ramai wanita yang menyokong usahanya itu. "14000 baht tidaklah mahal jika dibandingkan dengan apa yang anda bakal dapat"
"Saya akan mengumpul wang untuk mengambil kelas ini kerana ini adalah satu peluang seumur hidup," kata seorang wanita di Facebook Madam Raya.

Madam Raya memberitahu, kelasnya mendapat sambutan hangat dan dia kini sibuk menjawab pertanyaan wanita yang berminat menyertainya.
Dikuasakan oleh Blogger.