Header Ads

Wajah Zlatan Ibrahimovic Penyerang Sweden Sekali Lagi Diabadikan, Kali Ini Pada Wang 1,000 Kroner!



Tidak dinafikan lagi Zlatan Ibrahimovic telah mencapai tahap lagenda di Sweden- ini kerana beliau telah menjadi penyumbang gol paling tinggi dan telah diabadikan pada satu tugu di luar stadium kebangsaan Sweden.


Sekarang, penyerang   ini dapat melihat wajahnya diabadikan pada matawang 1,000 kroner oleh penggiat seni Sweden.



Bekas penyerang Manchester United, Barcelona dab Juventus itu nampaknya sangan kagum dengan hasil kerja jurugambar Bingo Rimer.

Malang buat peminatnya, kepingan wang itu bukanlah matawang rasmi Sweden dan ia tidak boleh didapati - maksudnya kamu tidak boleh membuat bayaran menggunakan wang berwajahkan Zlatans.


Ia tidak seperti seten rasmi yang dikeluarkan oleh Sweden pada tahun 2014, yang mempunyai empat keping setem edisi khas yang dikeluarkan mewakili pasukan kebangsaan itu.

Bagaimanapun, mata wang 1000 kroner yang berwajahkan Zlatan itu nilainya menghampiri 93 pound.
Rimer telah memuatnaik beberapa gambar hasil seninya; matawang berwajahkan Zlatan termasuk versi kecil yang menggambarkan Zaltan meraikan gol.


Penyerang itu sekarang ini tanpa kelab, sedang menderita kecederaan lutut yang teruk di hujung musim dengan Manchester United.

Dikuasakan oleh Blogger.