Header Ads

Sukar Menerima Lamarannya Ditolak, Seorang Perempuan Telah Disantau Sehingga Mati


Demi cinta, manusia sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat memiliki orang yang dicintai termasuklah dengan cara yang kejam. Que telah berkongsi sebuah kisah benar tentang seorang perempuan yang telah disantau sehingga mati oleh seorang lelaki yang tidak dapat melupakan perempuan tersebut.



Kisah ini diceritakan kepadanya ketika dia sedang menjalani praktikal dua tahun lalu. Mangsa merupakan rakan kepada rakan sekerjanya. Mangsa telah meninggal dunia ketika diketahui tentang kisah tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Farhana (bukan nama sebenar) adalah seorang perempuan yang baik. Dia merupakan penuntut di salah sebuah universiti di Jordan dan sudah tiga tahun berada di sana.




Seorang lelaki sangat menyukai Farhana tetapi dia enggan menerima lelaki tersebut. Sebab penolakan tidaklah diketahui. Tidak lama kemudian, Farhana berkahwin dengan seseorang yang juga seorang penuntut di sana.


Kejadian santau ini bermula selepas pinangan lelaki tersebut ditolak. Lelaki tersebut yang juga merupakan penuntut di universiti yang sama, telah berkata kepada Farhana, "Ah kalau aku tak dapat kau, takkan ada siapa dapat."

Selepas sehari Farhana berkahwin, dia mula ditimpa sakit yang aneh. Kulitnya mula terbakar, juga terdapat kesan lebam dan melepuh. Kemungkinan Farhana belum mengetahui bahawa dia telah disantau.





Kesakitan yang telah dialaminya sejak awal pernikahannya berlarutan sehingga hampir tujuh bulan. Namun, dia terus bertahan dan berusaha untuk mengubatinya. Dia telah berjumpa dengan doktor tetapi doktor berasa hairan dengan keadaan Farhana.

Pelbagai usaha telah dijalankan termasuklah perubatan Islam. Akhirnya, barulah dia mengetahui apa sebenarnya yang berlaku. Dia cuba berbincang dengan lelaki tersebut untuk menghentikan perbuatannya tetapi lelaki tersebut membalas, "Kau cerai dulu baru aku stop."

Lelaki tersebut tekad dengan perbuatannya. Namun, mustahil untuk suami Farhana berpisah dengan isterinya.




Keadaan Farhana menjadi semakin teruk. Seluruh badannya telah terbakar. Badannya akan merasa sakit ketika terdengar laungan azan. Walaupun begitu, dia tetap menguatkan dirinya dan menyambut baik tetamu yang datang menziarahinya.

Lima bulan selepas ziarah itu, Farhana dikhabarkan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.





Benarlah, apabila hati manusia telah kotor, apa sahaja sanggup dilakukan asalkan dirinya berasa puas. Belajarlah konsep redha dengan segala ketentuan Tuhan. Baik lelaki mahupun perempuan, jika enggan menerima lamaran seseorang, katakan dengan baik dan berterus terang. Kemudian, berlapang dada dengan setiap keputusan.





Dikuasakan oleh Blogger.