Header Ads

Skuad B-22 Negara Berjaya Jerat Garuda Pada Aksi Pembukaan

 Biarpun digelar skuad Tempang, skuad B-22 tahun negara yang beraksi di Stadium Nasional, Bangkok bermula garang menggempur gawang Indonesia seawal minit ke-4 oleh Muhammad Syafiq Ahmad yang tenang menyudahkan hantaran ke gawang gol Indonesia.

Pujian wajar diberikan kepada pasukan B-22 negara biarpun berdepan masalah persiapan namun mereka membuktikan itu bukan masalah apabila tiba giliran Jafri Firdaus Chew menggandakan jaringan pada minit ke-20 hasil sepakan bola mati Muhammad Danial Amier Norhisham.


Kem negara sekali lagi bersorak selepas N. Thanabalan mengukuhkan kedudukan selang 10 minit kemudian hasil tandukannya yang berpunca daripada sepakan penjuru Muhammad Syazwan.

Keputusan itu membuktikan persiapan tempang tanpa enam pemain yang tidak dilepaskan pasukan masing-masing, tidak menjejaskan rentak skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee.

Malah kemenangan ke atas skuad kendalian Luis Milla itu sudah pasti menyuntik semangat buat 22 pemain negara sebelum menjalani ujian sebenar bertemu jaguh bola sepak Asia Tenggara, Thailand pada aksi kedua, Jumaat ini.

Keputusan itu juga boleh dilihat sebagai membalas dendam ke atas skuad Indonesia yang sebelum ini memalukan skuad senior kebangsaan ketika mereka menang 3-0 ke atas pasukan Harimau Malaya pada aksi persahabatan tahun lalu.

Kemenangan itu membolehkan skuad B-22 negara mengungguli carta Kumpulan H namun kedudukan tersebut boleh berubah jika Thailand mencatat kemenangan besar ke atas Mongolia dalam aksi seterusnya selepas ini.

Aksi seterusnya pasukan B-22 negara bertemu Thailand B-22 pada Jumaat ini di venue yang sama.


5 DF MUHAMMAD ADIB ZAINUDIN (Kapten)
7 MF MOHAMAD AMIRUL HISYAM
9 DF ADAM NOR AZLIN
11 FW MUHAMMAD JAFRI  minit 20-gol
12 FW THANABALAN NADARAJAH  minit 30-gol
16 MF MUHAMMAD DANIAL AMIER BIN NORHISHAM
17 DF MUHAMMAD IRFAN ZAKARIA
19 GK MOHD IFWAT AKMAL
20 FW MUHAMMAD SYAFIQ AHMAD  minit 4-gol
21 MF MUHAMMAD SYAZWAN
23 DF MUHAMMAD ARIFF FARHAN


JUMAAT
Malaysia mln Thailand
(Std Nasional, Bangkok, 8 mlm)

AHAD
Malaysia mln Mongolia
(Std Nasional, Bangkok, 5 ptg)

AYUH HARIMAU MUDA





Dikuasakan oleh Blogger.