Header Ads

Setiap tahun, penguin ini akan mengembara sejauh 8,000 kilometer untuk jumpa orang ini, Kenapa?


Kembali pada tahun 2011, seorang tukang kayu bernama Joao Pereira de Souza temui seekor penguin Magellanic Amerika Selatan yang diliputi minyak dan hampir mati di pantai. Dia mengambil haiwan tersebut dan membasuh makhluk itu dan menjaga kesihatan haiwan tersebut.

Hari demi hari, penguin tersebut akhirnya kembali pulih dan Souza menyedari bahawa ia tidak mahu pergi dan berada bersama penguin yang lain dan itu memberi beliau satu masalah kerana menjaga haiwan liar sebagai haiwan peliharaan tidak sah di Brazil.

De Souza beri nama Dindim kepada penguin itu. Kemudian selepas, 11 bulan tinggal bersama dia, Dindim telah hilang untuk kembali ke rumahnya di laut tetapi yang mengejutkan Souza adalah penguin itu akan kembali setiap tahun di pantai Brazil untuk berjumpa dengan orang yang telah selamatkan nyawanya.

Mengembara sejauh 8,000 kilometer dari rumahnya ke rumah Souza, penguin itu menjadi sebahagian dari keluarganya .

Lihat video mereka berdua disini:-

Setiap kali mereka bertemu antara satu sama lain, Dindim akan berbunyi dengan gembira dan melipat ekornya seperti seekor kucing. Penguin membenarkan Souza berbuat apa saja pada dirinya seperti mandi, pukul dan beri makan sardin.

Makhluk kecil ini hanya beri izin kepada Souza saja untuk menyentuh dia tapi akan melawan jika ada sesiapa yang cuba menyentuhnya!

Profesor Biologi Krajewski percaya bahawa penguin fikir Souza adalah sebahagian dari keluarganya dan mungkin juga terfikir bahawa Souza adalah seekor penguin.



Dikuasakan oleh Blogger.