Header Ads

Ramai tidak tahu sebenarnya personaliti boleh diketahui melalui jari dan ternyata ianya betul!


Menurut satu kajian, jika anda ingin mencari ujian personaliti yang tepat, anda hanya perlu melihat pada tangan anda - atau lebih tepat, jari manis anda.

Para pengkaji telah mendapati bahawa pendedahan tahap testosterone yang tinggi ketika dalam kandungan boleh melambatkan tumbesaran jari telunjuk, yang mana akan menyebabkan perbezaan panjang antara jari telunjuk dan jari manis. Disebabkan itu, lelaki lebih cenderung mempunyai perbezaan ketara antara jari telunjuk dan jari manis manakala perempuan yang kurang terdedah pada hormon tersebut selalunya tidak memiliki perbezaan yang ketara antara dua jari tersebut.

Kebiasaannya personaliti didedahkan melalui tapak tangan, tetapi sebenarnya jari anda juga menyimpan pelbagai rahsia!

Lihat rahsia di sebalik panjang atau pendek jari manis anda.



Luruskan tangan kiri anda seperti gambar di bawah dan bandingkan. Tangan "A" bermaksud jari manis lebih panjang daripada jari telunjuk. Tangan "B" bermaksud jari telunjuk lebih panjang daripada jari manis. Tangan "C" bermaksud jari manis dan jari telunjuk adalah sama panjang.

Tangan "A" bermaksud anda seorang yang menawan!

Pernah tak sesiapa cuba memikat anda, atau ada yang memberikan respon baik apabila anda memikat? Ini kerana anda penuh dengan keyakinan dan daya tarikan. Anda juga berani mengambil risiko.

Jika anda rasa anda bukan begini, mungkin tiba masa untuk anda lakukan sedikit perubahan dalam hidup anda, kerana jari anda menyatakan sebaliknya!

Tangan "B" bermaksud anda dilahirkan sebagai seorang pemimpin!

Adakah anda merasakan diri anda seorang yang yakin dan sedia memikul tugas? Jika jari telunjuk anda lebih panjang daripada jari manis anda, jawapan anda pasti "ya!"

Anda tidak suka diganggu ketika masa lapang. Dalam hubungan pula, anda bukanlah jenis yang akan memulakan langkah, tetapi anda akan sentiasa menerima dan menghargai perhatian yang diberikan.

Anda dilahirkan untuk memimpin masyarakat. Anda seorang yang yakin, dapat mengawal kemarahan dengan baik, dan bijak membuatkan orang mencari anda untuk mendapatkan jawapan terbaik.

Tak setuju? Cuba nilai semula diri anda.

Tangan "A" dan "B" lebih cemerlang dalam aktiviti ketahanan seperti larian jarak jauh. Mereka juga mahir dalam matematik, teka-teki, dan permainan kiub Rubik.

Selain itu, jika anda memiliki tangan "A" atau "B", anda dikatakan kurang setia terhadap pasangan.

Tangan "C" bermaksud anda seorang rakan berbual yang bagus!

Selalu tak orang berkongsi rahsia mereka dengan anda?

Anda adalah seorang yang seimbang, sering mendengar dengan teliti dan kurangkan bercakap. Anda membuatkan orang lain berasa selesa dan dihargai apabila mereka memerlukannya. Anda seorang yang tenang dan empati terhadap orang lain. Maka, anda memang pandai membantu orang lain.

Anda akan berasa tidak selesa apabila berada dalam konflik. Anda juga setia dalam hubungan, penuh dengan kelembutan dan kasih sayang terhadap pasangan.

Setuju tak?

Kajian mendapati orang yang mempunyai tahap testosterone yang rendah cenderung untuk cemerlang dalam tugasan yang melibatkan mengingati perkara, tetapi anda mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami gemuruh dan kemurungan.



Dikuasakan oleh Blogger.