Header Ads

Rakyat Malaysia bakal mengalami krisis kewangan untuk tahun 2017 dan seterusnya, kenapa?



Sekarang ini kita selalu membincangkan tentang kenaikan gaji, BR1M, harga barang dan minyak yang selalu naik dalam tempoh masa yang singkat. Jadi, ramai rakyat Malaysia mula untuk mengurangkan kos perbelanjaan dan sara hidup, bukan untuk menabung, tetapi untuk membuatkan duit gaji kita bertahan hingga ke hujung bulan sehingga gaji untuk bulan baru di terima.

Tetapi apa yang pelik nya, walaupun kos-kos sara hidup yang makin tinggi sekarang ini, masih ramai diantara kita yang kuat berbelanja, malah sanggup mengambil pinjaman dan hutang hanya untuk memuaskan kehendak dan bukan untuk keperluan.

Setelah kami membaca artikal-artikal yang ada, ramai ahli-ahli ekonomi mengatakan, rakyat Malaysia akan berhadapan dengan krisis kehabisan wang dan hutang yang terlampau. Ini antara beberapa sebab yang akan menyumbangkan ke arah tersebut.

1. Telefon Pintar dan Gajet

Semua sibuk nak mengikut arus permodenan dari segi teknologi, "up to date" konon nya. Jika ada telefon pintar edisi baru dikeluarkan, semua sibuk untuk membelinya. Malah sekarang banyak syarikat telekomunikasi memberikan bayaran secara ansuran untuk lebih mengalakkan lagi rakyat membeli telefon pintar tersebut.

Tahun 2016 sahaja, rakyat Malaysia telah membazirkan sebanyak RM6.8 bilion untuk telefon pintar sahaja. Telefon pintar yang lama masih elok, tetapi hanya kerana rasa kurang memuaskan, kita sanggup membeli yang baru, walhal yang lama masih elok untuk di gunakan.

2. Faedah daripada kad kredit

Hampir semua orang yang bekerja memiliki kad kredit. Bank kita juga sibuk mempromosikan kad kredit mereka dan megalu-alukan kita semua untuk memohon dan menggunakan kad kredit. Tetapi ramai yang hanya tahu menggunakan dan tak reti nak membayar nya semula, mungkin mereka ingat jika ada kad kredit, semua barang yang dibeli adalah percuma!

50% daripada pemegang kad kredit yang hanya membayar faedah kad kredit pada kadar yang minimum, dan lagi 45% lewat membuat pembayaran semula kad kredit. Jika anda seorang yang beragama Islam, anda boleh fikir sendiri betapa beratnya isu hutang jika tidak dapat dilunaskan sebelum anda mati. Jika anda sudah tiada, anda menyusahkan orang lain, kerana mereka pula yang perlu melunaskan hutang kita, sedangkan kita yang mengunakannya.

3. Online shopping

Semuanya di hujung jari, dengan ada nya internet connection, semua boleh di laksanakan. Online shopping ini merupakan satu trend yang makin maju. Kebanyakan pembeli adalah dari golongan umur 20 hingga 50 tahun. Betul ianya satu kemudahan yang sangat membantu, tetapi berpada-pada lah ketika membeli, beli apa yang perlu dan bukan nak ikutkan trend.



4. Penipuan pelaburan

Hal ini memang sukar untuk di elakkan, kerana bila orang nak menipu, pelbagai cara mereka akan buat, lebih-lebih lagi jika melibatkan duit. Kes-kes di Balai Polis Bukit Aman telah mengesahkan bahawa, jumlah keselurahan penipuan pelaburan di Malaysia adalah sebanyak RM379.1 juta antara tahun 2015 hingga 2017. 

Orang nak menipu ni ada pelbagai cara, jadi kita sebagai pengguna dan pembeli, fikir dan kaji dulu sebelum memasuki apa-apa pelaburan. Terlalu banyak penipuan pelaburan yang ada di dalam Malaysia sahaja, jadi nasihat dari kami, sama-sama lah kita berhati-hati dala pelaburan.

5. Saman

Bab ini susah kami nak cerita, kalau banyak sangat komen, nanti orang akan cakap kami anti-kerajaan. Tetapi, jangan lah salahkan abam-abam polis sekalian, mereka hanya menjalankan tugas. Tetapi jika anda tidak mahu berhutang kerana saman, berhati-hatilah dan patuhi undang-undang. Jika sudah terkena, cubalah untuk membayar awal, sebab saman pun ada promosi. Kalau bayar awal boleh dapat diskaun 50%.



6. Pengangkutan

Kami lebih menekan kan dari sudut pembelian dan memiliki kereta dan motor. Rakyat Malaysia sangat suka membeli kereta di luar kemampuan gaji bulanan mereka. Betul, kereta itu adalah satu keperluan, tetapi jangan lah kerana ia satu keperluan, kita pergi membeli sesuatu yang tidak mampu kita bayar. Beli lah kereta atau motor yang mengikut kemampuan diri sendiri. 

Beli kereta mahal-mahal nak buat apa? nak tunjuk pada siapa?. Kalau nak bawa laju-laju, nanti kena saman, terpaksa kurangkan duit gaji. Kalau setakat nak tunjuk pada orang lain, orang lain itu nak tolong bayarkan kereta kita bulan-bulan ke? Tepuklah dada, tanyalah selera.

7. Bil-bil bulanan

Bil air dan api bukan lah satu isu yang membimbang kan, jika anda tahu bagaimana untuk jimatkan penggunaan nya. Tetapi yang kami maksudkan ini adalah, bil-bil tambahan yang lain. Contoh nya, internet, keahlian gim, dan lain-lain. 

Bayangkan lah anda duduk di rumah sewa dan anda bekerja 8 pagi hingga 5 petang. Waktu anda menggunakan internet di rumah teramatlah singkat, jadi tidak perlulah mengambil talian internet yang terlalu mahal. Kalau bayar untuk keahlian gim, tapi pergi ke gim sebulan sekali, tak payah lah menambahkan beban bayaran. Baik pergi senaman di taman, senang dan free pulak.



8. Makanan

Membazir itu amalan syaitan. Minum kopi di kedai high class dan minum kopi di kedai mamak jauh perbezaannya. Tetapi rasa nya tetap sama, anda masih minum kopi. Tidak perlu membazir dan menghabiskan duit anda pada makanan yang terlalu mahal hingga tak masuk akal. Makanan yang sama dengan harga lagi murah ada di luar sana. Jika anda tidak yakin dengan kebersihan makanan di kedai-kedai murah ini, belajar lah masak dan masak di rumah. Jimat kan perbelanjaan anda selagi boleh.

Semoga ini dapat menyedarkan anda dan juga kami, bahawa jangan lah kita membazir kepada perkara-perkara yang tidak perlu. Sama-sama lah kita ingat memperingati. Terima kasih.

Dikuasakan oleh Blogger.