Header Ads

Perkongsian tips bagaimana dia berjaya menurunkan berat badan sebanyak 23kg dengan "Diet Atkins"


Buat para wanita tentu sekali mereka mahukan tubuh yang cantik dan ideal. Mungkin pelbagai cara yang telah mereka lakukan untuk mendapat tubuh yang cantik tapi ada yang berjaya dan ada yang berjaya melakukannya.

Pada artikel sebelum ini kami telah kongsikan beberapa cara "Diet Atkins" yang boleh anda cuba amalkan. Pada hari ini kami kongsikan lagi seorang wanita yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 23Kg dengan mengamalkan diet seperti ini.

Untuk pengetahuan anda, diet ini tidak memerlukan anda menelan apa-apa pil kurus kerana pengambilan pil-pil tersebut bukan sahaja belum tentu dapat hasil yang kita inginkan malah ia mungkin boleh memudaratkan tubuh badan kita.

Perkongsian dari Ain Suraya yang telah berjaya menurunkan berat dan mendapat badan yang ideal dalam masa yang diinginkan telah mendapat perhatian kami di Nakbebel. Semoga perkongsian ini dapat memberi inspirasi kepada anda untuk dapat badan yang anda inginkan. Jom kita lihat dibawah:-


Macam mana boleh turun berat sebanyak 23kg?

1. Pagi: Telur dua biji, Greentea

Tak semestinya telur rebus, goreng pun boleh. Kalau tak lalu, buat scramble egg. Kalau tak lalu jugak, makan lah ayam goreng ke ikan goreng ke. Green tea Su ambil tiap pagi sebelum workout untuk tingkatkan metabolism masa bersenam. Bagi Su, lagi banyak berpeluh dan lagi cepat kadar degupan jantung masa bersenam, lagi banyak lemak dibakar.

2. Petang dan malam: Sayur. ikan dan ayam

Lunch selalunya portion Su makan banyak berbanding dinner. Kenapa sayur berdaun hijau? Sebab karbohidrat lebih rendah dan fibre lebih tinggi dalam sayur yg berdaun hijau. Su tak ambil sayur yang tinggi karbohidrat sangat.

Kenapa makan ikan dengan ayam? Sebab ikan dengan ayam sumber protein yang 0 karbohidrat. Seafood lain mcm udang, sotong, sesiput memang Su elakkan sebab karbo dorang tinggi. Karbo tinggi boleh jejaskan diet Su.

Dinner sebelum pukul 6.30 ye, jangan lewat. Nanti perut ambil masa 3-4 jam nak hadam makanan tu.

3. Menu makanan

Diet ni bukannya tak boleh makan sedap-sedap. Banyak je makanan sedap-sedap yang boleh dimasak..Guna imaginasi ye nak masak. Asalkan jangan lebih dari 20g karbohidrat sehari.

 Menu ikan: Sup ikan, ikan goreng, ikan masak stim, asam pedas ikan, ikan bakar.
Menu ayam: Ayam goreng, sup ayam, tomyam ayam, nugget ayam homemade.

Menu sayur: Kubis buat coleslaw, kangkung belacan, kacang panjang tumis dengan telur, sup bayam, bubur Cauliflower.

Snack: Timun Jepun. Kunyah timun Jepun ye, bukan timun biasa yang letak dalan laksa tu. Cheese 1@2 slice. Pilih Cheese yg rendah karbo.



4. Bersenam

Workout: Jillian 30Day Shred / Cardio / Tabata Workout. Boleh tengok dekat Youtube. Nak senang lagi, download je video tu. Save dalam telefon. Pagi dalam pukul 8-10 pagi buat lah exercise ikut video tu.

 Malam exercise antara pukul 8-10 malam. 30 minit je. Su malas nak buat lebih.  Exercise buat 3 hari berturut lepas tu rest sehari. Nak elakkan muscle koyak.

Ahad-Selasa workout. Rabu rest. Khamis-Sabtu workout. Faham?

Yang tengah patah hati tu, bayangkan ex ada kat depan korang. Then buat Thai boxing kat dia. Lagi bersemangat nak exercise rasanya.

6. Rasa lapar tengah malam?

 Minum air banyak-banyak takpun kunyah timun Jepun sebab timun Jepun je low carb dari timun lain. Su masa tengah diet ni tak rasa lapar pun tetengah malam. tak tahu lah korang lain ke kan. Lain orang, lain caranya.

7. Minum air ?

Air mesti cukup 1 liter untuk 25kg berat badan. Tapi Su selalu lebihkan minum air..

-2 liter air masak
-1 liter Green Tea
-1 liter air masak + chia seed.


Chia Seed sehari satu sudu sahaja. Jangan lebih. Sebab dia boleh turunkan tekanan darah korang. Korang boleh pengsan kalau terlebih ambil. Fungsi dia untuk perlawasan dan buang toxin. Ada orang cakap dia boleh cantikkan kulit.

 Tak tahu lah betul ke tidak. Air tu kalau boleh jangan minum air ais, sbb dia cepat bagi perut rasa kenyang. Jadi tak boleh nak minum air banyak.

 Minum air masak je lagi bagus. Minum air sebelum makan dan 30 minit selepas makan. Cuba laa makan bersulam dengan air kalau nak rasa perut buncit.

Diet ni TAK makan buah-buahan, nasi, gula, susu, minuman manis, segala jenis makanan bertepung dan berkanji dan segala makan berproses.

Pendapat kami:

1- Setiap orang punyai lain metabolisme yang berbeza, jadi sekiranya anda tidak berjaya turunkan berat juga. Mungkin akan ada cara yang berbeza yang mampu bantu anda turunkan. Kami akan kongsikan dari masa ke semasa untuk anda.

2- Bila bab diet ni, air jangan lupa minum. Banyak mana nak minum? pernah tengok anak cina minum air botol besar  tak? ibaratnya seperti itu.

3- Bagi yang tidak gemar sayur-sayuran. Mungkin anda boleh cuba juga walau tak suka. Sebab rasanya memanglah tak sedap macam KFC tapi itu lah yang baik untuk kesihatan.

4- Jangan mengalah dengan apa yang anda inginkan, semua proses yang anda lakukan dan berjaya itu akan buatkan anda lebih bermotivasi untuk buat sesuatu perkara yang lebih baik di kemudian hari

Semoga artikel ini memberi manfaat kepada anda.

Sumber: https://www.facebook.com/ainsuraya28


Dikuasakan oleh Blogger.