Header Ads

Perasaan Anda Selalu Berserabut? Cuba 5 Pemakanan Yang Boleh Mengubah Anda Jadi Tenang


Susah juga kalau asyik marah-marah. Perasaan jadi tak tenang dan berserabut. Kalau anda nak tahu kita ada pemakanan yang boleh mengubah dari pemarah kepada seorang yang lebih tenang

1. KELAPA 
Santan mengandungi lemak baik yang mana ia boleh mengawal kestabilan kandungan gula dalam darah dan mencegah daripada kemarahan. Jadi jangan takut pada santan kelapa kerana boleh mengawal emosi marah. TAPI harus berpada-pada.

2. BUAH KIWI
Buah ini kaya dengan vitamin C yang mana cukup terkenal dengan kandungan antioksidanya. Kandungan vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi dapat menceriakan hidup anda.

3. BIJI LABU
Apabila membeli labu, jangan membuang bijinya kerana ia boleh dimakan begitu sahaja kerana kandungannya kaya dengan magnesium yang dapat mengawal kandungan gula dalam darah seterusnya mengawal api kemarahan serta mengurangkan kesan kebimbingan.

4. SAYURAN HIJAU
Mengandungi magnesium yang dapat menghilangkan keresahan dan memberikan kelegaan kepada otot-otot badan. Hanya semangkuk salad pun dah cukup untuk dinikmati.

5. TEH CHAMOMILE
Dengan secawan teh chamomile ini ia sebenarnya dapat membantu untuk tidur dan memberi ketenangan. Apabila dapat tidur yang mencukupi, sudah pastinya hari esok lebih bertenaga, segar dan dapat menghilangkan rasa stress dan kemarahan.
Dikuasakan oleh Blogger.