Header Ads

Pencarian mayat yang hilang dengan cara yang unik menggunakan kain kafan dan pancing


Menurut berita daripada Tribun Kalteng, seorang lelaki yang dikenali sebagai David, merupakan seorang pemancing yang terkenal di kampungnya, Desa Hutapadang berjaya memancing seorang pelancong yang tenggelam di kawasan Air Terjun Jambuara, Hatonduan, Kabupaten Simalungun.

Menurut Ramli Manik, David juga pernah menemukan jenazah yang hilang dibawa arus air sungai dengan cara memancing.

Kehebatan David sering menjadi buah mulut orang setempat.


David hanya memancing menggunakan joran bersaiz sederhana dan lima kail bersaiz sederhana dipasang pada benangnya. Namun, satu cara yang menimbulkan tanda tanya pada orang ramai adalah dia akan meletakkan kain kafan pada kail jorannya dan melemparkan ke arah air terjun.

Tidak lama selepas itu, satu susuk tubuh dilihat menggulung bersama dengan kain kafan dan kail pancing milik David, walhal pihak penyelamat telah melakukan pencarian sejak pagi untuk mencari mayat tersebut.

Jenazah yang telah dijumpai telah dibawa ke hospital berdekatan.


Dikuasakan oleh Blogger.