Header Ads

Pelajar Malaysia yang cantik ini jual aiskrim di motosikal untuk membantu ayahnya


Sewaktu kecil dulu kalau nampak pakcik jual aiskrim menaiki motosikal memang akan menarik banyak perhatian terutama kepada kanak-kanak.

Noor Syamimi Azhari yang berumur 22 tahun ini menjual ais krim sambil menunggang motosikal di Pulau Langkawi. Pelajar Biologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menjual aiskrim sejak beliau menamatkan pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada empat tahun lalu.

Beliau berkata bahawa ayahnya membesarkan beliau melalui hasil jualan ais krimnya dan dia tidak malu untuk membantu ayahnya semasa cuti semester.


Syamimi memuat naik gambar dan video menjual ais krimnya semasa menunggang motosikal di Pulau Langkawi. Video tersebut telah dilihat lebih dari 18,000 kali sehingga beliau mendapat gelaran, "Si cantik Penjual Aiskrim".

Apabila ditanya tentang video yang telah membuatnya menjadi terkenal, wanita muda itu berkata dia berasa agak kekok tetapi dia melihat dari sudut positif kerana ia dapat membantu perniagaan ayahnya.

Beliau berterima kasih atas komen positif dan sokongan yang diberikan kepadanya oleh masyarakat di laman sosial, Facebook.

Sila lihat videonya disini.

Sumber: New Straits Times
Dikuasakan oleh Blogger.