Header Ads

Nak kurangkan berat badan? Cuba 6 urutan mudah ini


Akutekanan telah membuktikan sekali lagi dalam memberikan kelegaan yang terbaik. Perkara paling meletihkan dalam dunia hari ini adalah mengurangkan berat badan.

Ramai yang berasa tertekan disebabkan hal ini. Setiap hari memikirkan untuk menurunkan berat badan membuatkan diri menjadi tertekan. Tetapi, akutekanan berkesan seperti magis. Tiada lagi malam yang membuatkan anda tertekan atau senaman yang menyakitkan.

Tekanan yang diberikan di tempat-tempat tertentu yang akan mengeluarkan haba dan kelembapan yang berlebihan dalam meningkatkan kitaran untuk mengurangkan berat badan. Ia juga dapat menguatkan sistem pencernaan yang akan membantu mengawal selera anda.

Dengan memberikan sedikit perhatian pada makanan anda dan melakukan akutekanan dalam rutin harian, anda akan memperoleh hasil yang terbaik. Titik tekanan yang dikongsikan adalah yang utama untuk mengurangkan berat badan.

Titik perut

Titik tekanan ini berada 3 cm di bawah pusat (Ren 6 berdasarkan rajah di bawah). Titik ini meningkatkan fungsi sistem pencernaan dan memberikan kekuatan pada tubuh anda. Ia juga mengurangkan sembelit.


Letakkan dua jari anda di titik tersebut dan urut dengan menggerakkan jari anda ke atas dan ke bawah. Kemudian, tekan titik ini sekurang-kurangnya dua minit dua kali sehari.

Titik abdominal sorrow


Anda akan jumpa titik ini di penghujung tulang rusuk. Selalunya terletak di rusuk terakhir, titik tekanan ini melegakan anda daripada ketidakhadaman, ulcers, sakit rusuk, dan ketidakseimbangan selera. Lengkungkan jari anda dan tekan titik ini selama lima minit setiap hari.

Titik telinga

Titik tekanan ini terletak di dalam telinga anda yang membantu untuk mengawal selera. Anda perlu meletakkan jari anda bertentangan dengan rahang anda dan gerakkan rahang anda ke atas dan ke bawah. Cari titik yang mempunyai pergerakan paling banyak di rahang dan tekannya selama seminit.


Titik lutut

Titik ini dapat membantu perut untuk berfungsi dengan baik, dengan meningkatkan penghadaman dan kebaikan pada darah. Ianya terletak dua inci di bawah kepala lutut.


Berikan tekanan di titik ini selama seminit dengan jari telunjuk anda. Apabila anda menggerakkan kaki anda ke atas dan ke bawah, anda dapat merasakan otot bergerak di bawah jari anda.

Ini tempat terbaik; tekan titik ini selama dua minit setiap hari.

Titik siku

Titik usus besar berada di bahagian dalam lipatan siku. Ianya terletak di bahagian hujung. Titik ini merangsang fungsi usus untuk membuang haba berlebihan dan kelembapan yang tidak diperlukan dari badan.


Tekan titik ini selama seminit setiap hari. Gunakan ibu jari anda untuk memberikan tekanan secukupnya pada titik ini.

Titik buku lali


Titik tekanan ini sesuai untuk limpa. Ianya membantu untuk menguatkan sistem penghadaman anda. Titik tekanan ini terletak di bahagian dalam kaki, 2 inci di bawah buku lali, berdekatan tulang.

Tekan ini sebagai rutin untuk sistem penghadaman yang lebih baik. Tekan selama seminit dengan ibu jari anda atau buku jari dan lepaskan secara perlahan.

Haa, cuba jangan tak cuba. Kata nak kurus kan?

Dikuasakan oleh Blogger.