Header Ads

Nak kahwin tapi duitnya belum ada lagi, Mari cuba amalkan 11 tips ini



Siapa yang taknak kahwin? Dah berpunya atau belum berpunya semestinya mempunyai niat ingin berkahwin bila mana sudah sampai tahap kawan-kawan ramai yang dah kahwin. Makin membuak-buaklah jiwa tu inginkan sebuah mahligai bersama orang yang tersayang kan?.

 Tapi bila tanya pasal duit semestinya akan ada masalah dan masih lagi dalam proses untuk kumpul duit tu. Tambahan pula, kos perkahwinan sekarang ini yang tinggi dengan memikirkan lagi selepas berkahwin, lagi lah hati tu bertambah risau boleh ke tak boleh ni. Tapi jangan terlalu risau, setiap kesusahan yang anda alami mesti akan ada kesenangan dikemudian hari.

Jadi untuk hari ini, Nakbebel kongsikan 11 cara untuk anda tangani soal duit sebelum menuju ke majlis perkahwinan. Mungkin cara ini dapat membantu anda meneruskan impian ke Mahligai yang diimpikan. Sila ambil perhatian! Yang belum ada jodoh, anda sebenarnya beruntung kerana mempunyai lebih masa untuk kumpul wang dari orang yang sudah berpunya. Jadi bertindak lebih awal supaya urusan anda akan lebih jadi mudah selepas ini.


#1
- Buat tabung kahwin walaupun belum ada calon. Dengan harapan, bila satu hari dipertemukan dengan gadis atau lelaki idaman, boleh terus kahwin lepas kenal hati budi masing-masing.

#2
- Ramai je yang menyesal sebab tak simpan duit kahwin awal-awal lagi walaupun berpacaran hampir 10 tahun, tapi duit kahwin RM8,000 pun tak pernah ada. Rugilah macam tu, masa 10 tahun tapi tak pernah menyimpan sikit. Ambil pengajaran.

#3
- Kalau dah berpunya tu bincanglah baik-baik tentang kos majlis yang ingin dirancangkan itu. Contoh majlis yang nak dibuat makan duit dalam RM25,000. Jadi bahagikan lah sama rata supaya tidak terlalu membebankan. Ajak pasangan anda baca artikel ini sama-sama, kan lagi seronok tu :)


#4
- Tujuan kumpul bersama duit tu bukan je lebih menyenangkan tapi untuk membuktikan yang sebenarnya kita mampu dan ingin berusaha susah senang bersama-sama.

#5
- Elakkan dari mengambil loan dari bank semata-mata untuk kahwin. Elakkan ye! Kenapa? Pinjaman loan tu ada gunanya dikemudian hari. So, usaha cari lubang duit yang lain tapi pastikan halal.

#6
- Kalau sebelum kahwin lagi kita dah ada komitmen yang tinggi, anda ingat lepas kahwin komitmen akan jadi lebih rendah ke? Jangan silap, walaupun lepas kahwin hidup berdua tapi lelaki wajib tanggung isteri. Bukan isteri yang tanggung suami. Perut suami akan selalu lapar sebab kena dahulukan isteri dan anak-anak tau.



#7
- Biasakan diri untuk buat simpanan RM 350 setiap bulan, kalau lebih tinggi lebih baik. Simpanan tu takda apa sangat cumanya nak jadikan itu sebagai tabiat yang baik untuk menyimpan. Simpan dulu niat nak beli macam-macam. Save last for the best.

#8
- Sekiranya anda tinggal 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Nak tak nak, tingkatkan simpan dari RM350 ke RM1,000 setiap bulan dengan pasangan dan kurangkan segala kos yang tidak sepatutnya dikeluarkan untuk sementara.

#9
- Jangan terlalu selesa dengan satu hasil pendapatan yang sedia ada. Buat part-time yang tidak perlu keluarkan modal yang banyak seperti Uber, Grabcar, Dropship dan lain-lain.

#10
- Agak kalau duit masih lagi tidak mencukupi, buatlah majis yang sederhana seperti ada pelamin DIY, atau tapis jemputan, buat satu majlis lebih baik dan tidak perlu Bridesmaid. Dengan cara ini anda akan jimat 40% belanja.



#11
- Bila niat nak kahwin, rezekinya akan dimudahkan InsyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang itu jadi atau tak, itu kita serahkan pada-Nya. Kita hanya mampu merancang sahaja.

Dikuasakan oleh Blogger.