Header Ads

Makan Pedas Boleh Membantu Memanjangkan Hayat Manusia


Tidak semua gemarkan makanan yang pedas. Namun begitu, kini mungkin akan lebih ramai yang ingin makan pedas kerana kajian penyelidikan dari Public Library of Science Journal, PLoS One melaporkan bahawa penggunakan cili merah dalam masakan boleh memanjangkan hayat manusia sebanyak 13 peratus, dianggarkan selama lebih kurang 10 tahun 5 bulan.

Lebih daripada 16,000 orang dewasa telah bekerjasama dalam menjalankan kajian ini. Berdasarkan diet dan latar belakang kesihatan mereka dari tahun 1988 sehingga 1994, 18 tahun kemudian menunjukkan hasil kajian individu yang makan cili merah secara tetap mempunyai kadar kematian yang rendah sebanyak 22 peratus, berbanding mereka yang tidak makan pedas, 33 peratus.


Sebahagian daripada mereka menggunakan cili merah dalam masakan dan ada juga yang hanya memakan cili merah begitu sahaja.

Saintis dari Universiti Ruhr, Bochum, Jerman juga telah menggunakan mendapati bahawa sel-sel kanser payudara manusia dapat dirawat dengan bahan pedas untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keupayaan bahan tersebut untuk memusnahkan sel kanser.

Lada benggala juga dilihat memberi kebaikan kepada kesihatan manusia. Ianya dapat berfungsi untuk menghilangkan lemak, meningkatkan metabolisma badan dan melindungi daripada kerosakan gigi.


Sumber: mirror.co.uk
Dikuasakan oleh Blogger.