Header Ads

Lelaki Juga Mudah Terluka. Elakkan 6 Perkara Ini Untuk Menjaga Hati Lelaki



Tidak hanya wanita sahaja yang mampu sakit hati dilakukan lelaki, lelaki juga mampu berasa sakit hati dengan sikap wanita. Adakalanya bila kita terlalu rapat dengan pasangan, kita sering melontarkan kata-kata dan gurauan yang mampu mengguris hati pasangan tanpa kita sedar. Akhirnya, pergaduhan akan terjadi. Oleh itu, ketahui 6 sikap wanita yang mampu melukai hati seorang lelaki yang disayangi.

1. Tidak Mengendahkan Dan Meninggalkan Pasangan
Jika anda sudah membuat janji dengan lelaki, jangan sesekali mungkiri janji tersebut. Jagalah perasaan dan hatinya dengan konsisten ketika bersama. Jangan sibuk dengan handphone. Dengarkan apa yang hendak dia sampaikan agar si dia berasa dihargai.

2. Gurauan Yang Menggangu
Jangan buat lawak tentang dirinya seperti cara dia berpakaian. Pada mulanya ianya boleh dianggap biasa tapi lama kelamaan pasti dia terasa hati. Ketahuilah wahai wanita, setiap apa yang anda katakan pasangan anda pasti akan ingat samada baik atau jahat.


3. Membandingkan
Sememangnya lelaki tidak suka dibandingkan dengan lelaki yang lain. Sekali pun dia adalah seorang penyabar, bila dibandingkan dengan seseorang pasti mampu melukakan hati. Fikir dahalu apa yang hendak katakan agar tidak merosakan perhubungan anda.

4. Jadikan Orang Suruhan
Jangan terlalu berharap dengan pasangan. Andai anda mampu lakukannya sendiri, terus lakukan. Jangan jadikan pasangan anda seperti mesin yang hanya menerima arahan. Cintai lelaki anda dan jangan jadikan mereka sebagai bodyguard.


5. Memintanya Berubah
Ini merupakan salah punca yang menyebabkan lelaki rasa sakit hati. Ketika anda memintanya supaya berubah, ini membuatkan pasangan anda merasa tidak dicintai dan tidak diterima. Andai ingin mengubah pasangan anda kearah kebaikan, anda haruslah menjadi contoh yang baik. Nescaya pasangan anda akan mengikut langkah anda.

6. Membicarakannya Di Hadapan Teman Anda
Lelaki agak sensitif bila mereka dibicarakan oleh kawan-kawan anda. Walaupun mereka kelihatan biasa, mereka sebenarnya kurang selesa dalam keadaan itu.

Dikuasakan oleh Blogger.