Header Ads

Kucing Menunjukkan Sayang Kepada Manusia Melalui Pelbagai Cara Yang Tak Disangka.


Apabila seseorang membela kucing, ia selalunya akan jadi sebahagian dari keluarganya. Kucing itu pasti akan mengenalpasti tempat terbaik untuk dia tidur, melihat burung, malah cara terbaik untuk mendapatkan makanan dari tuannya. Tapi, tahukah kita apa yang difikirkan oleh si comel berbulu ini apabila membuat aksi di hadapan kita?

Jika sudah rapat dengan sicomel, pastinya sudah dapat membaca apa yang dikehendaki oleh si kucing apabila memandang kita dari bawah. Dan kadang-kadang ada yang terfikir, adakah si comel ini mengenali dan menyayangi tuannya? Kita lihat sama-sama apa perilaku si comel berbulu ini yang mungkin menunjukkan dia sayangkan tuannya mahupun orang di persekitarannya.

#1 Dia menunjukkan belakang badannya kepada kamu.
Salah satu cara yang mengejutkan yang mungkin dibuat oleh sicomel berbulu untuk menunjukkan dia sayang kamu? Membelakangi kamu. Walaupun kucing menyatakan hello antara sesama mereka dengan menghidu muka, leher, mahupun badan. Tetapi kucing menunjukkan belakang badan kepada tuannya untuk menunjukkan dia percaya kepada tuannya.


#2 Dia menggosok seluruh mukanya pada kamu.
Kucing dikatakan menunjukkan rasa sayangnya dengan menggosok badan dan muka pada kaki atau buku lali tuannya. Menurut The New York Times, aksi itu juga menunjukkan kucing itu tidak bermusuhan dengan tuannya, juga menunjukkan dia milik tuannya.


#3 Mengelipkan mata dengan perlahan pada kamu.
Apa lagi agaknya cara kucing menunjukkan sayangnya kepada orang di persekitarannya? Antara yang popular "kenyit mata perlahan" atau "slow blink". VetStreet melaporkan apabila kucing berinteraksi dengan orang yang dirasakan selamat, mereka membuat gerakan mata bagi menunjukkan rasa selesa. Kucing kamu akan melihat pada kamu dan dengan perlahan mengenyitkan mata, menutup mata atau hampir tertutup mata selama beberapa saat.


#4 Dia memberi respons pada semua emosi kamu.
Sememangnya kucing terkenal dengan perilaku passive-aggresive, tetapi sebenarnya kucing juga boleh memahami perasaan manusia yang menjaganya. Menurut satu kajian yang dilaporkan oleh BBC, kucing akan bertindakbalas berbeza apabila tuannya dalam keadaan muram berbanding semasa dalam keadaan senyum. Kucing memberi reaksi yang positif apabila tuannya tersenyum, seperti menggosok badannya atau melompat ke atas peha tuannya. Semakin hari, si comel semakin belajar ekspresi muka tuannya walaupun dia sebenarnya tidak ada rasa empati langsung.


#5 Dia akan menguli atau mengurut kaki atau peha kamu.
Kebanyakan kucing akan menggosok tapak kaki mereka pada peha atau kaki tuannya, yang seakan mengurut. Ia mungkin sakit jika kuku-kukunya tidak disimpan.  Namun, tindakan kucing itu sebenarnya menunjukkan dia rapat dengan kamu. Anak kucing selalunya belajar cara mengurut semasa sedang menyusu badan ibu mereka, kerana tindakan itu membantu pengeluaran susu ibu kucing. Kucing yang lebih tua pula terus mengurut untuk menanda tuan mereka dengan bau daripada kalenjar di telapak kaki mereka.


#6 Dia akan melayan kamu seperti seekor kucing.
Menurut National Geographic, kajian menunjukkan kucing bersosial dengan manusia sama seperti bersosial dengan kucing yang lain.  Mereka mengangkat ekor ke udara, menggosok sekeliling kaki tuannya, malah duduk di sebelah tuannya semasa sedang membersihkan diri. Kucing akan menggunakan tingkah laku yang mereka pelajari dengan kucing yang lain. Dan itu menunjukkan si kucing rapat dengan tuannya dan ingin berkomunikasi - walaupun mereka sebenarnya tidak membuat perbezaan antara manusia dan kucing.

#7 Kucing kamu mengikut kamu ke mana sahaja.
Pernah terfikir tak kenapa kucing kamu selalu mengikut kamu ke mana sahaja, walaupun dia bukan meminta kamu mengangkatnya atau membelainya?  Dia mungkin hanya ingin kamu suapkan makanan. Atau rasa ingin tahu apa yang kamu sedang lakukan.
Bagaimanapun, menurut VetStreet menyatakan kucing yang tidak suka dipegang dikatakan menunjukkan rasa sayang dengan duduk dekat dengan tuannya. Sekiranya kucing kamu asyik mengikut kamu kemana sahaja, mungkin dia ingin beritahu yang dia suka menemani kamu. Ataupun paling kurang, dia mengingatkan yang mangkuk makanannya sudah kosong!


#8 Kucing mengangkat ekornya dengan caranya.
Pergerakan ekor kucing mampu membantu kamu mengetahui apa perasaannya.  National Geographic melaporkan kamu perlu melihat kepada keseluruhan badan kucing sekiranya ingin membaca apa maksud pergerakan ekornya. Bagi kucing yang tenang, ekor ke atas dengan hujung ekor membengkok menunjukkan kata hello yang mesra. Kucing yang lebih agresif mungkin akan menegakkan ekor ke atas tanpa membengkok hujungnya. Kucing yang ketakutan akan membengkokkan badan kebelakang badan, ekor ke atas dan terkeluar.

#9 Kucing menghasilkan getaran suara pada waktu dan masa yang sesuai.
Kucing bukan sahaja menghasilkan getaran suara semasa mereka gembira. Mereka juga menggetarkan suara  semasa mereka rasa selesa dan dihargai. Mereka juga menggetarkan suara semasa mereka lapar, cedera atau takut.  Tetapi jika mereka menggetarkan suara semasa berbaring di peha anda, ia bermaksud "I Love You".

#10 Kucing berguling-guling di belakang badannya.
Adakah kucing anda berguling pada belakang badannya, mengangkat tapak kaki dan mendedahkan perutnya? Ia menunjukkan ia meminta perhatian. Kucing mendedahkan perutnya menandakan ia percayakan kamu. Mungkin ia meminta untuk menggosok perutnya.

#11 Dia akan menjilat tangan atau muka kamu.
Kebanyakan kucing suka menjilat jari, tangan, jari kaki, malah muka tuannya. Tapi kenapa mereka suka buat begitu? Adakah itu satu cara menunjukkan kasih sayang?  Menjilat sebenarnya sangat selesa dan menenangkan bagi kucing.  Aktiviti menyikat dan menjilat sebenarnya menyebarkan bauan kucing, yang menandakan kamu sebagai satu family.


#12 Dia akan melagakan kepalanya kepada kamu.
Seperti semasa dia melagakan mukanya ke kaki kamu, dia melagakan kepala untuk menghantar hormon pheromon kepada kamu.  Tingkahlaku ini  menunjukkan dia menanda kamu sebagai selamat. Juga sebagai cara menandakan ia percaya kepada kamu.


#13 Kucing mengiau kepada kamu.
Kucing dewasa sahaja yang mengiau kepada manusia, bukan kepada kucing lain, menurut The American Society for the Prevention of Cruelty to Animals® (ASPCA®).  Anak kucing selalunya akan mengiau pada ibunya untuk beritahu dia lapar atau kesejukan. Apabila meningkat dewasa, kucing tidak akan mengiau kepada kucing dewasa yang lain. Mereka mengiau kepada manusia - untuk mendapat perhatian dan mendapat apa yang mereka hendakkan.  Kucing juga akan mengiau untuk menyapa, mendapatkan perhatian, meminta makanan atau semasa memohon dilepaskan keluar atau masuk.


#14 Kucing memilih kamu berbanding makanan.
Tidak semua pemilik kucing boleh membayangkan kucing mereka memilih perhatian tuannya berbanding makanan. Namun, kajian menunjukkan kebanyakan kucing memilih untuk menemani manusia berbanding makanan atau  mainan. Lebih bukti menunjukkan kucing lebih sayangkan tuannya berbanding makanan? Kucing tidak menyimpan dendam walaupun makanan mereka dicatu. Jika kucing memberi perhatian kepada kamu,ia bukan sekadar perhatian kepada makanan di tangan kamu, ia sebenarnya tanda kucing sayangkan kamu.


#15 Kucing memilih untuk tidur di peha kamu. 
Kucing terkenal sebagai juara tidur. Mereka tidur secara purata 15 jam setiap hari.  Sebenarnya adalah tidak mengejutkan jika tanda kasih sayangnya pada kamu adalah dengan tidur di atas peha kamu. Kucing selalunya memilih tempat yang selamat dan terlindung. Jadi, tidur di atas peha kamu adalah kerana dia percayakan kamu.


#16  Kucing akan memberi tindakbalas kepada rutin yang direka untuknya.
Walaupun kucing tidak mempunyai kemahiran sosial seperti anjing, kucing kampung sememangnya ingin menjadi rapat dengan manusia. Kucing dan manusia kena sama-sama berkerjasama dan memahami satu sama lain. Caranya adalah dengan bermain, bermanja dan makanan.
Kamu juga boleh mencipta rutin yang sama berulang kali setiap kali kamu keluar dan pulang ke rumah. Mungkin kamu boleh melambai selamat tinggal kepada kucing kamu semasa hendak keluar rumah, atau mengatakan hello apabila pulang ke rumah.


#17 Kucing kamu bertindak seperti kucing.
The Atlantic melaporkan, jika dibandingkan dengan haiwan lain, kucing sudah berubah
sedikit semasa dalam proses tinggal dengan manusia.  Mereka seakan menjinakkan diri mereka, menjadikan manusia sebenarnya  "kawan baik kucing".

sumber: happycatsonline; Vetstreet.

Dikuasakan oleh Blogger.