Header Ads

Kos Pinjaman Pendidikan Lebih Tinggi Berbanding Melabur! Ikuti 4 Langkah Membina Tabung Pendidikan


Pinjaman pendidikan mungkin dilihat sebagai satu pilihan mudah untuk membiayai kos pendidikan anak-anak lebih- lebih lagi jika kita mempunyai sumber kewangan lain.

Namun  hari ini kita sering mendengar keluhan ramai graduan yang berdepan kesukaran membayar semula hutang berkenaan. Sama ada mereka gagal mengurus kewangan kerana kurang ilmu dan memilih untuk menghabiskan gaji yang diterima untuk menikmati gaya hidup terkini atau perlu membantu keluarga, ia memberi kesan negatif kepada kedudukan kewangan golongan muda yang baru memulakan kehidupan. Sudahnya mereka mungkin terperangkap dengan hutang berlebihan apabila mula menggunakan kad kredit atau pinjaman peribadi untuk menampung keperluan kewangan.

Sebagai ibu bapa, sebenarnya kita boleh membantu anak-anak dengan mendidik mereka mengenai pengurusan kewangan dan pada masa yang sama, membina tabung pendidikan untuk mereka. Jangan lupa, anak-anak kita sebenarnya mempunyai sumber kewangandan dengan cara yang betul, ,mereka boleh dididik untuk mula menabung dan melabur menggunakan elaun atau hadiah wang tunai yang diterima.

Jika kita tidak mampu menyediakan tabungan untuk membiayai keseluruhan kos terlibat, kita mungkin dapat mengurangkan beban mereka dengan membiayai sebahagian daripadanya. Apapun yang penting kita dapat mengurangkan jumlah hutang yang perlu mereka ambil atau menyediakan tabung sebagai persediaan untuk mereka meneruskan kehidupan.

Ikuti 4 langkah untuk membina tabung pendidikan melalui pelaburan yang sesuai.

Langkah 1
Tentukan jumlah pelaburan bulanan yang mampu anda lakukan.
Contoh:

# Pelaburan sebulan: 100

# Tempoh pelaburan: 18 tahun

# Jumlah tabungan: RM38000

Andaian: Pulangan purata tahunan 6 peratus

Langkah 2
Pilih destinasi pelaburan yang sesuai.
Contoh:

# Unit amanah harga tetap seperti ASB,ASB2,ASD,ASW2020

Mengapa? Sesuai untuk pelaburan jangka panjang

# Risiko rendah

# Pulangan kompetitif

Langkah 3
Buat pelaburan konsisten

1. Setiap Bulan

2. Jangan keluarkan pelaburan sehingga tamat tempoh pelaburan

#Gunakan kemudahan pelaburan yang boleh membantu anda melabur secara konsisten seperti kemudahan Skim Potongan Gaji(SPG) atau Perbankan Internet.

Langkah 4
Biar pelaburan anda berkembang sehingga tempoh ditetapkan.

Apabila anak anda memulakan pengajian, hadiahkan dia dengan tabungan yang pastinya akan membantu mengurangkan bebannya sepanjang dia menuntut  ilmu dan setelah dia berkerjaya.

Justeru, melaburlah untuk membina tabung pendidikan anak-anak anda.


Sumber: Kosmo Online
Dikuasakan oleh Blogger.